Wednesday, September 29, 2004
posted by nile at 1:48 PM
.::BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM::.

WAhhhh... dah 10 hari tak update. Dah ada yang komen nie.. nak2 si... tu. hehehehe. Nak kata apa yer? Pagi tadi ada group meeting untuk chemical and biosensor group. Ia adalah meeting khas untuk sesi pesentation budak2 yang nak viva tahun nie. Tapi ada satu yang pelik berlaku bila nama saya diletakkan bersama2 dengan diorang tu. Sebabnya nasib saya memang sungguh baik sejak setahun yang lalu bila setiap kali sesi meeting nama saya tak pernah masuk list untuk buat presentation. Oleh kerana selalu terlepas, saya kena la hari nie.

Tapi... oleh kerana ni sesi penting untuk orang yang dah nak abis master, sesi pembentangan agak lama. setiap orang hampir satu jam. start kul 9 target abis kul 12 lebih. 4 orang yang bentang jadi dah 12 lebih. jadi saya terlepas lagiiiiiiiiii!!!!!!!! BEST!!! Hehehee.. nasib saya memang baik ler.. seronok... tadi pun doktor dah cakap masa dia kata masa maybe tak cukup, "Rusila dah senyum tu..".. hehehe... Tapi tak bagus gak saya macam nie... sebabnya dah lama doktor tak tahu progress saya. InsyaAllah kalau segalanya ok... saya pasti akan cubabuat yang terbaik...

Dah tak ada apa nak kata, cuma nak pegi cari letak lagu atau apa2 jer yang kawan2 bagi nak letak sini... jumpa lagi nanti...

you're my purr-fact friend

I'm am so very glad
To have you as my friend.
You've been there for me always,
Sometimes it's hard to comprehend...

I don't know why you care so much,
Or what it is you see...
But regardless of the reasons,
You're the purr-fect friend for me!

So I'm sending kitten kisses,
And a little purr,
To tell you that you'll always be
My favorite ball of fur!


thanks angah!!!
 
Sunday, September 19, 2004
posted by nile at 9:47 PM
..::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::..

Dua, tiga hari nie kerja-kerja lab masih banyak yang terbengkalai. Tapi tak nak ulas banyak sebab asik2 dengan problem lab jer kan?

Nak cerita apa kali nie yer? Macam tak ada idea la... tapi kalau tak tulis bersarang lak blog nie. Nak masukkan sajak-sajak yang adik2 bagi la... kejap nak pi cari... hehehe.


Mengalah Jangan...

Ada kalanya serba serbi tak kena,
Apabila jalan yang didaki kelihatan curam,
Apabila dana kosang dan hutang bertimbun,
Ingin mengukir senyum tapi keluhan yang menerpa,
Apabila keraguan datang menghimpit,
Rehatlah seketika...
Tapi jangan mengalah,
Kerana anehnya hidup ini dilingkari liku-liku,
itulah yang kita pelajari.

Kadangkala,
Banyak kegagalan berubah rupa,
Kemenangan pasti dikecapi,
Jika tahan berterusan,
Kerana kejayaan adalah kegagalan yang dibalikkan,
Dari secebis cahaya dalam kelam sangsi,
Tak boleh diduga betapa hampirnya kejayaan,
Mungkin kejayaan terlalu dekat,
Tapi entah kenapa terasa teramat jauh.

Maka...
berjuanglah berterusan walau perit menyepit,
kerana percayalah,
ketika harapan amat tipis, mengalah jangan!

xie_sayang


Terima kasih banyak2 xie atas nasihat dan kata-kata semangat yang di hulurkan. InsyaAllah semua tu akan jadi beri kekuatan pada diri ini.


 
Wednesday, September 15, 2004
posted by nile at 10:16 PM
::BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM::

Pagi tadi sekali lagi saya membawa seorang kawan blog, Aiskrim atau Fina ke MOY Publication. Saya pinjam kereta housemate, si Lin. Malam tadi saya sibuk fikirkan macam mana nak drive kereta dalam keadaan saya tak bercermin mata nie. Spek saya pecah. Spek yang jatuh dalam paya tu lak dah patah. Uzur dah...

Pinjam la spek kawan. Suruh dia bawak lab pagi tadi. Tapi cari2 dia tak jumpa. terpaksa la pegi amik si Fina kat stesyen komuter UKM dan terus ke USJ tanpa spek. Gamble la nie. Sampai jugak. Cuma masa balik, kitaorang sesat. Saya nak hantar Fina ke Stesyen LRT Sungai Besi. Tersalah masuk jalan mana ntah... Berenti tanya orang 2 kali. Siap tersesat masuk UPM lagi. Akhirnya jumpa jugak jalan keluar. Tapi lepas tu sekali lagi tersilap masuk jalan. Biasala rabun2 nie, tak nampak signboard. Kesian kat Fina... nak cepat jadi lambat. Simpan sebagai kenangan perjumpaan kita yer? Ini pertemuan kali kedua kitaorang. Pertama kali masa saya ke kedah beberapa bulan lepas. 29hb nie dia dah nak balik UK. Semoga segala-galanya selamat.

Petang tadi giliran saya masak. Tapi tak cukup lak.. kesian kat budak2 tu. Ada yang pose. nasik n lauk pun tak cukup. Lain kali kena bajet betul2 la. Malam tak buat apa. Cuma jemput kawan di rumah dia. Motor dia rosak. Pc dia pun rosak. datang nak guna pc Umah saya. Akhirnya tido jugak dia kat umah nie.. hehehehe.

Buat Adik2 pembaca Blues Selamanya yang selalu menjenguk ke blog nie, terima kasih Nile_Chem ucapkan pada semua. Lain kali datang lagi yer.. hehehehe. Yang emailnya belum di balas, InsyaAllah nanti saya akan balas. Kerima kasih semua...



 
Monday, September 13, 2004
posted by nile at 1:05 AM
::Bismilahirrahmanirrahim::

Minggu lepas seminggu kemalasan telah melanda diri. satu habuk pun keje lab saya tak buat. INsyaAllah lepas nie kena tanam semangat baru. Esok kul 8 mesti punch... kita tengok jer yer.. heheheh

Hari sabtu baru nie saya ke KL jumpa bestfren yang datang sempena lawatan budak2 sekolah dia yang lepas UPSR. Kul 8.30 saya sampai KL pastu terus ikut diorg jalan2 naik bas. Nasib baik ada tempat kosong lagi. Kitaorg pergi Pusat Sains Negara.

Satu kenangan yang tak boleh lupa bila dapat jumpa adik kepada seorang sahabat yang saya kenal melalui majalah blues. Rupa2nya adik dia pun ikut lawatan tu. Dapat tahu tu sebelum saya bertolak ke KL pagi tu. Sempat la saya kirim padanya Majalah Alwan... saja-saja nak promote. KItaorg lunch kat International Youth Center kat Cheras. Datuk Azalina yang sponsor. Saya balik ke Bangi petang lebih kurang kul 6.15 sampai rumah.

Seminggu lepas nie saya update lagi. Sekarang nak betul2 concentrate pada lab work. Harap2 menjadi la kali nie.... InsyaAllah.
 
Friday, September 10, 2004
posted by nile at 1:48 AM
::Bismillahirrahmanirrahim::

Dah lama tak uptae blog nie. Saya dah cuba try 2,3 hari nie tapi tak dapat log in la. Nak cerita apa yer. TEngahari tadi saya teman Lil-silence ke MOY. Lama jugak duk sana. Nampaknya Lil memang seronok tu.. hehehe. Betul tak? Orang2 kat sana memang ramah, jangan bimbang.

Petang lak saya ke Kl teman kawan bertemu dengan rakannya. Ingat Nak jumpa bestfiend saya, Ummy yang baru sampai pagi tadi. Dia datang satu bas bersama dengan anak2 murid sekolah dia yang baru lepas UPSR. Nak enjoy la. Esok mungkin saya akan ke sana jumpa dia. Lagipun ada perkara penting yang perlu saya selesaikan dengannya.

Minggu nie lab work saya tak berjalan dengan lancar. Entah kenapa penyakit malas dah mula melanda hidup saya sejak saya dah mula tiba di akhir2 tahun nie. Harap2 sangat dia tak berterusan. Minggu nie jugak saya banyak kenal adik2 baru. Semuanya pembaca blues selamanya. Banyak email yang saya dapat. Rasa macam orang glamer lak. hehehhe. Tapi itu semua hakikat yang saya kena hadapi la... bila dah terjun ke dalam dunia penulisan nie, banyak perkara yang perlu saya jaga.

Dalam kehidupan persahabatan saya sendiri pula, perkara yang sama berlaku. Dugaan datang bertubi-tubi. Tapi semua tu saya kena atasi dengan cara yang terbaik sekali. Saya akan cuba untuk menjadi sahabat, kawan, kakak dan juga Adik yang baik kalau boleh.. insyaALLAH.

Terima kasih buat semua....
 
Friday, September 03, 2004
posted by nile at 7:02 PM
::Bismillahirrahmanirrahim::


Lama betul tak update. Sori la banyak-banyak pada kawan-kawan yang berkunjung ke sini. Hari nie dah 3 september, dah masuk bulan baru dan saya harap akan ada perubahan dalam sikap saya membuat kerja2 lab. Nak sangat dapat hasil bulan nie.

Sejak address weblog ni tersiar kat blues selamanya, saya banyak dapat mesej kat tagboard dari pembaca blues saya agak sebab mereka tak tinggalkan add blog. Saya cuba nak kontek balik melalui email tapi sukar sebab ada jugak yang silap taip maybe. Saya harap kawan-kawan semua dapat email saya balik. Thanks bebanyak sebab sudi masuk ke sini.


laporan ke seminar tak buat lagi. Kena buat cepat2 sebab nak dapatkan claim yuran seminar. RM200 tu... rugi kalau tak mintak. Boleh saya belanja korang maka kalau dapat. hehehhe. Lama tak cerita pasal budak2 kat rumah sewa. Sekarang saya ada 3 housemate baru. Dua orang housemate lama keluar. Dua orang yang baru masuk nie undergrad jadi life kat rumah dah banyak berubah. saya pun tak berapa bertegur lagi dengan housemate baru. InsyaAllah lepas nie nak beramah mesra. Selamat datang ke teratak kami buat Has, Mai dan Kak Tie.