Wednesday, September 15, 2004
posted by nile at 10:16 PM
::BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM::

Pagi tadi sekali lagi saya membawa seorang kawan blog, Aiskrim atau Fina ke MOY Publication. Saya pinjam kereta housemate, si Lin. Malam tadi saya sibuk fikirkan macam mana nak drive kereta dalam keadaan saya tak bercermin mata nie. Spek saya pecah. Spek yang jatuh dalam paya tu lak dah patah. Uzur dah...

Pinjam la spek kawan. Suruh dia bawak lab pagi tadi. Tapi cari2 dia tak jumpa. terpaksa la pegi amik si Fina kat stesyen komuter UKM dan terus ke USJ tanpa spek. Gamble la nie. Sampai jugak. Cuma masa balik, kitaorang sesat. Saya nak hantar Fina ke Stesyen LRT Sungai Besi. Tersalah masuk jalan mana ntah... Berenti tanya orang 2 kali. Siap tersesat masuk UPM lagi. Akhirnya jumpa jugak jalan keluar. Tapi lepas tu sekali lagi tersilap masuk jalan. Biasala rabun2 nie, tak nampak signboard. Kesian kat Fina... nak cepat jadi lambat. Simpan sebagai kenangan perjumpaan kita yer? Ini pertemuan kali kedua kitaorang. Pertama kali masa saya ke kedah beberapa bulan lepas. 29hb nie dia dah nak balik UK. Semoga segala-galanya selamat.

Petang tadi giliran saya masak. Tapi tak cukup lak.. kesian kat budak2 tu. Ada yang pose. nasik n lauk pun tak cukup. Lain kali kena bajet betul2 la. Malam tak buat apa. Cuma jemput kawan di rumah dia. Motor dia rosak. Pc dia pun rosak. datang nak guna pc Umah saya. Akhirnya tido jugak dia kat umah nie.. hehehehe.

Buat Adik2 pembaca Blues Selamanya yang selalu menjenguk ke blog nie, terima kasih Nile_Chem ucapkan pada semua. Lain kali datang lagi yer.. hehehehe. Yang emailnya belum di balas, InsyaAllah nanti saya akan balas. Kerima kasih semua...