Friday, September 10, 2004
posted by nile at 1:48 AM
::Bismillahirrahmanirrahim::

Dah lama tak uptae blog nie. Saya dah cuba try 2,3 hari nie tapi tak dapat log in la. Nak cerita apa yer. TEngahari tadi saya teman Lil-silence ke MOY. Lama jugak duk sana. Nampaknya Lil memang seronok tu.. hehehe. Betul tak? Orang2 kat sana memang ramah, jangan bimbang.

Petang lak saya ke Kl teman kawan bertemu dengan rakannya. Ingat Nak jumpa bestfiend saya, Ummy yang baru sampai pagi tadi. Dia datang satu bas bersama dengan anak2 murid sekolah dia yang baru lepas UPSR. Nak enjoy la. Esok mungkin saya akan ke sana jumpa dia. Lagipun ada perkara penting yang perlu saya selesaikan dengannya.

Minggu nie lab work saya tak berjalan dengan lancar. Entah kenapa penyakit malas dah mula melanda hidup saya sejak saya dah mula tiba di akhir2 tahun nie. Harap2 sangat dia tak berterusan. Minggu nie jugak saya banyak kenal adik2 baru. Semuanya pembaca blues selamanya. Banyak email yang saya dapat. Rasa macam orang glamer lak. hehehhe. Tapi itu semua hakikat yang saya kena hadapi la... bila dah terjun ke dalam dunia penulisan nie, banyak perkara yang perlu saya jaga.

Dalam kehidupan persahabatan saya sendiri pula, perkara yang sama berlaku. Dugaan datang bertubi-tubi. Tapi semua tu saya kena atasi dengan cara yang terbaik sekali. Saya akan cuba untuk menjadi sahabat, kawan, kakak dan juga Adik yang baik kalau boleh.. insyaALLAH.

Terima kasih buat semua....