Friday, September 03, 2004
posted by nile at 7:02 PM
::Bismillahirrahmanirrahim::


Lama betul tak update. Sori la banyak-banyak pada kawan-kawan yang berkunjung ke sini. Hari nie dah 3 september, dah masuk bulan baru dan saya harap akan ada perubahan dalam sikap saya membuat kerja2 lab. Nak sangat dapat hasil bulan nie.

Sejak address weblog ni tersiar kat blues selamanya, saya banyak dapat mesej kat tagboard dari pembaca blues saya agak sebab mereka tak tinggalkan add blog. Saya cuba nak kontek balik melalui email tapi sukar sebab ada jugak yang silap taip maybe. Saya harap kawan-kawan semua dapat email saya balik. Thanks bebanyak sebab sudi masuk ke sini.


laporan ke seminar tak buat lagi. Kena buat cepat2 sebab nak dapatkan claim yuran seminar. RM200 tu... rugi kalau tak mintak. Boleh saya belanja korang maka kalau dapat. hehehhe. Lama tak cerita pasal budak2 kat rumah sewa. Sekarang saya ada 3 housemate baru. Dua orang housemate lama keluar. Dua orang yang baru masuk nie undergrad jadi life kat rumah dah banyak berubah. saya pun tak berapa bertegur lagi dengan housemate baru. InsyaAllah lepas nie nak beramah mesra. Selamat datang ke teratak kami buat Has, Mai dan Kak Tie.