Sunday, September 19, 2004
posted by nile at 9:47 PM
..::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::..

Dua, tiga hari nie kerja-kerja lab masih banyak yang terbengkalai. Tapi tak nak ulas banyak sebab asik2 dengan problem lab jer kan?

Nak cerita apa kali nie yer? Macam tak ada idea la... tapi kalau tak tulis bersarang lak blog nie. Nak masukkan sajak-sajak yang adik2 bagi la... kejap nak pi cari... hehehe.


Mengalah Jangan...

Ada kalanya serba serbi tak kena,
Apabila jalan yang didaki kelihatan curam,
Apabila dana kosang dan hutang bertimbun,
Ingin mengukir senyum tapi keluhan yang menerpa,
Apabila keraguan datang menghimpit,
Rehatlah seketika...
Tapi jangan mengalah,
Kerana anehnya hidup ini dilingkari liku-liku,
itulah yang kita pelajari.

Kadangkala,
Banyak kegagalan berubah rupa,
Kemenangan pasti dikecapi,
Jika tahan berterusan,
Kerana kejayaan adalah kegagalan yang dibalikkan,
Dari secebis cahaya dalam kelam sangsi,
Tak boleh diduga betapa hampirnya kejayaan,
Mungkin kejayaan terlalu dekat,
Tapi entah kenapa terasa teramat jauh.

Maka...
berjuanglah berterusan walau perit menyepit,
kerana percayalah,
ketika harapan amat tipis, mengalah jangan!

xie_sayang


Terima kasih banyak2 xie atas nasihat dan kata-kata semangat yang di hulurkan. InsyaAllah semua tu akan jadi beri kekuatan pada diri ini.