Monday, January 24, 2005
posted by nile at 8:47 PM
::BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM::

Perjalanan hari ni padat dari pagi ke petang... Macam biasa la hari Isnin memang saya agak bz... Datang kul 9 lebih terus pergi tampal jadual tempahan instrumen gantikan Yah yang belum balik dari beraya di Jertih. Masa tampal tu Penyelia bersama saya, Dr. Musa baru keluar dari biliknya. Ingat nak jumpa dia terus tapi result yang dia nak tengok khamis lepas belum di print out. Jadi tak leh la jumpa lagi. Pas tu saya naik ke lab saya di paras 2. Ambil crystal yang saya sintesis minggu lepas untuk analisis x-ray.Ingat nak jumpa Prof Bob, penyelia utama saya tapi dia ada kelas lak. Tapi nasib baik si Sukeri ada. Dia suruh saya tengok sendiri bawah mikroskop crystal tu. Alhamdulillah ada yang ok.

Dia terus run sampel saya tu. Dia ajak saya lunch nasi beriani gam kat restoren Anje seksyen 15. Ajak semua bawah group kitaorang. Pelik gak kenapa beria nak belanja ni rupanya dia dah di panggil untuk mengajar di KUSTEM. Alhamdulillah murah rezeki dia. Dapat gak balik ke negeri sendiri. Sukeri ni senior saya, sekarang tengah amik PhD. Dia ni bekas pelajar sekolah saya, pernah sekolah sama masa sekolah rendah dan menengah, yer la orang sebelah kampung jer. Dah dapat jadi lecturer ni dia akan buat part time la PhD dia yang dah masuk 2nd sem nie.

Run sample tu 3 jam, jadi saya amik masa pergi print dulu. Tapi tak sempat gak tengok hasilnya sebab kul 2 nanti saya kena jadi demo. Lepas gi print, pergi bilik Dr dia dah tak ada. Jumpa kawan dia bagi no hp Dr yang dah lama saya cari. Send mesej kata nak jumpa dia terus call kata dia tengah lunch ngan Prof Wahid. Dia suruh jumpa petang tapi saya lak demo sampai kul 5. Nak jumpa lepas lunch saya nak gi lunch ngan group lak. Jadi dia suruh jumpa Rabu nie sebab esok dah cuti. Jadi terpaksa la.

Kul 12.30 berkumpul kat foyer paras 1. Nabihah+Lin ada sekali. Ziana masih belum balik. Ha.. lupa nak citer, Nabihah ada sekali nie... pelik gak tadi tanya la dia cuti ke.. tapi tak dapat jawapan jelas lak.. nanti la tanya balik. Prof tak terus pergi, dia pergi booking tiket flight ke Bali untuk Ziana+Ain guna pc kat Pejabat Am Kimia. UKM ada seminar bersama dengan ITB di Bali bulan 5 ni. Saya tak pergi kot... Tak de rezeki nak present paper lagi pas seminar di Kuantan ari tu. Nak pergi berjalan2 pun saya nak simpan duit untuk sem depan.Kebetulan, Dr. Musa balik dari lunch dan terus ke Pejabat Am Kimia jadi dapat la tunjuk result tu kat dia. Dia cakap apa yang perlu saya buat pas nie. Rabu ni saya akan jumpa dia lagi untuk tunjuk apa yang dia nak tengok tu. Lebih kurang kul 1 baru la pergi lunch. Makan2, kul 1.45 saya mintak balik sebab ada demo. Kul 2.15 saya masuk untuk demo dan balik kul 4.30 petang. Demo ari ni relax sket dari kebiasaan. saya banyak duduk dan terlena.. hehehhe... ngantuk giler. Soalan budak2 pun banyak ari nie. Saya ni bukan reti sangat... Buat2 la pandai sebab kita nie kan Master student.. hahahha... Tapi saya terpaksa rujuk skema untuk tahu jawapan gak... mana boleh main agak2 jer kan...

Sampai sini je kot saya nak tulis... Tadi sebelum saya taip perenggan ni hp saya dah bunyi timer... Jadi saya gi punch kad jap. Saya saje nak punch kul 2114 jadi saya pun buat la timer kat hp... K lah.. nak balik dulu.... Saya tak mood nie... Apa lagi yang perlu saya lakukan....?