Friday, February 04, 2005
posted by nile at 9:07 AM
::BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM::

Pasal ari tu... rasanya dah ok. Kadang-kadang penyelesaian akan jadi mudah kalau ia di buat sebegini... Maaf sebab paparkan kisah persahabatan kita semua di sini...

Hari ni nak buat kerja seperti biasa. Instrumen flourimeter yang rosak tu tak tahu bila akan di baiki. Mungkin sebulan, mungkin 2 bulan... entah lah... Penyelesaian untuk saya, terpaksa saya tukar instrumen kepada UV. Ia hanya sebagai tambahan data sementara tunggu alat kembali ok. Instrumen tu lampunya rosak dah harga lampu tu lebih dari RM seribu... dan mungkin juga hampir RM 4ribu. Dengar kata pusat pengajian dah luluskan cuma tunggu apa ntah...

Mungkin dah ini nasib saya... lepas satu-satu dugaan datang.. Tak per... Ada hikmah di sebaliknya... Saya akan tunggu saat itu... Nak habiskan master ni cepat-cepat sebab saya nak kerja tahun ini InsyaAllah... Kalau kat Terengganu jadi nak bina universiti, ada gak hati nak sambung PhD.. hehehe... Tengok la dulu... chow!