Friday, March 11, 2005
posted by nile at 2:52 PM
::BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM::

Tak de idea nak tulis apa... kat bawah ni saya paste lagu Pulangkan yang di forward oleh Angah.... Perhatian pada semua peminjam PTPTN.... Bayar la hutang cepat2.. Saya sendiri tak bayar lagi RM21 ribu.... Nyesal tak belajo sungguh2... kalau dapat 1st class tak yah bayar loan kan... Dah lepas nak wat camner ;-)..... Ari tu terbaca dalam Utusan tak silap... Ruangan yang sindir2 tu... apa ntah lupa... Wartawan tu tak kaji betul2 kot... sebab dia sebut pasal penjamin... PTPTN tak de penjamin la.... sebab tu ramai yang tak bayar.... hehehe... ;-)


Pulangkan...
(Lagu Dinyanyikan Oleh Pegawai PTPTN & Misha Omar)

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo kau milikku

Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)
Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)
Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)
Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)
Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejakimu kemana jua
Hingga akhir masa
Sayang.........