Sunday, March 12, 2006
posted by nile at 5:39 PM
::Selamat Pengantin Baru Ummy & Shahir::


Pagi ni bangun awal.... Banyak perkara nak di buat.... Ummy bersanding awa hari ni. kul 10 pagi sebab nak mengelak ramai orang bila jemputan mula datang kul 11 karang. Sedara mara yang tolong kat rumah sendiri pun dah ramai.


Macam biasa saya bertindak sebagai camera man macam semalam. Dari ummy make up saya amik gambar.. Kul 9.30 dapat arahan pegi amik orang kampung. Untuk tolong bahagian dapur rasanya. Saya ngan nurul pergi amik dengan 2 buah kereta. Lepas balik amik orang, sambung tugas sebagai camera man.

Seronok gak.. hehehe... sebab saya kena duduk kat depan la... Camera man profesional pun ada sebenarnya.. tapi ni untuk kamera peribadi famili la... Pengantin lelaki sampai saya pun keluar. Amik gambar diorang kat luar. Pastu Ummy keluar.... Ada gak adat membalas pantun.. Saya nak gelak pun ada... ha lupa... Masa kat rombongan pengantin lelaki tu ada la 2,3 biji motor kat tepi jalan tu.. salah satunya plat TT 2114. Saya dah nampak dari semalam.. Ni mesti motor sedara mara ummy yang menolong sebab tak bergerak dari semalam. Ingat nak amik tapi malam tadi gelap... tapi bila nampak tadi tak sempat gak amik sebab bz amik gambar... takpe.. ada jodoh kita jumpa lagi...


Sebelum masuk umah, ada acara taekwando.. besenya silat kan... ni lain sket la... Pastu baru masuk rumah untuk bersanding. Lepas bersanding, makan beradab n then bergambar dengan camera man profesional. Lepas tu duk dalam bilik je tunggu jemputan datang bertemu pengantin... Ada peristiwa sedih sket la. memory kad dah full. ada la dalam 100 lebih gambar. Suruh la adik dia save dulu dalam laptop. tapi adik dia tersave separuh je.. Lepas save dia terus delete... Sayang sangat.. habis gambar2 saya dengan pengantin... memang tak sempat amik dah sebab pengantin lelaki dan keluar layan jemputan kat luar. saya lak mengantuk.. Saya tertidur dalam bilik pengantin.. Ummy kata ada la 3, 4 orang jemputan yang sempat masuk sepanjang saya tidur tu. Pastu Angah kejutkan saya suruh tido kat bilik dia kat atas. saya pun naik tido sampai kat kul 7 baru bangun. masa tu pengantin dah siap salin baju bese... tak ada la kenangan dengan diorg berdua... Tapi takpe la... Gambar lain ada cuma gambar saya dengan Ummy je. Gambar diorg yang lawa2 pun takde yang saya amik masa camera man profesional tu ajar camner nak posing.. takpe la... Sib baik ada gambar ngan camera man tu.


Lepas maghrib saya bersiap untuk balik. Ummy dan Shahir hantar saya balik rumah. sekali lagi saya menangis masa turun dari kereta... saya doakan kebahagian diorang berdua selamanya... Semoga perkahwinan yang terbina kekal selama-lamanya....