Tuesday, June 27, 2006
posted by nile at 10:47 PM
Hari ni hari pertama saya mengajar di ATMA untuk sem ni... Pejam celik pejam celik dah 3 semester saya amik part-time tutor dan demostrator di sini dan tahun ni masuk tahun yang kedua. Mula-mula jantung dug dag dug dag la jugak. Entah la kenapa... Bukannya tak biasa... Tapi saya dah sedar kenapa saya gitu tadi... Saya tak tidur dari semalam... Badan saya jadi lemah tak bermaya... Saya bukan buat apa pun malam tadi... Tengok bola je... Lab tak boleh buat lagi sebab pc problem.. sian boss... Ingat nak tidur lepas tengok bola tapi saya takut kalau saya tidur tak terbangun lak untuk pergi mengajar. Masa buat briefing sebelum lab bermula saya agak terketar-ketar. Mesti budak-budak tu ingat saya takut.. Hahaha.. Biarlah. Sem ni semua student saya lelaki. Muka saya dah poyo tadi bila tahu... Hehehe... Takde geng la saya nak sembang-sembang.. hehehe.. Bagus gak... Nak try baik-baik ngan diorang lak. Sem ni memang pengambilan student perempuan agak terhad. Tak pasti kenapa. Cuma 16 orang dan takde sorang pun untuk kos engineering. Saya mengajar budak-budak engineering. So memang tak de langsung la pelajar perempuan... Pe-pe pun, tanggungjawab mesti diteruskan dan moga prestasi saya lebih baik tahun ni. Saya nak belajar berkomunikasi dengan lebih baik dengan student-student saya. Chaiyok!