Tuesday, June 27, 2006
posted by nile at 1:14 AM
Semalam saya menangis lagi.... Saya kehilangan seorang teman seperjuangan beberapa hari yang lalu... Dia yang bermotosikal meninggal dunia kerana dilanggar lori sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja... Perginya meninggalkan seorang isteri yang baru dikahwininya 7 bulan yang lalu... Isterinya yang hanya baru berusia 21 tahun dan tidak bekerja... Bukan apa... Saya menangis bila mendengar kisah di sebalik kematiannya daripada anak buahnya... Kalau dilihat ada badannya kita tak kan sangka yang dia akan pergi... Tiada luka yang besar walau yang melanggarnya bukan sebarang kenderaan... Tapi dia tidak dapat diselamatkan kerana berlaku perdarahan dalaman... Al Fatihah... Moga rohnya dicucuri rahmatNYA... Yang pergi itu, biarkan pergi... Tapi saya juga menangis mengenangkan diri sendiri... Yang masih hidup dan terlalu banyak tugas dan tanggungjawab menanti di depan... Amal terlalu kurang... Dan terlalu banyak tanggungjawab dan janji yang belum tertunai... Moga saya sempat tuntaskan semuanya sebelum kematian menjemput saya... InsyaAllah...