Sunday, July 30, 2006
posted by nile at 9:35 PM
Photobucket - Video and Image Hosting


Hari ni saya nak belajar matematik la... Kita belajar kira-kira k... Pelajaran hari ini berkaitan dengan hasil tambah segala kerosakan motor saya dalam masa sebulan lebih ni selepas saya balik dari bercuti hampir sebulan tu...

Tukar brek n segala mak nenek yang berkaitan dengannya (akhir bulan Mei)
RM75

Overhaul (kata cina tu la) n tukar tali minyak n banyak lagi. Masa ni mmg tension giler sebab bila sampai umah tgk plug tak tukar pun. Dalam resit berderet barang kena tukar termasuk plug. Hampeh betul cina tu. Bila nak pergi kedai balik, mati tengah jalan. Pastu ada orang tolong tolak sampai kedai (awal bulan Jun)
RM234

Mentol depan (bulan Jun gak)
RM3

Side mirror (awal Julai)
RM10

Bateri, plug n pembuka plug (2 minggu lepas)
RM33

Mentol depan lagi (minggu lepas)
RM3

Tiub tayar belakang. Pancit kat hiway plus.. sib baik dah dekat exit bangi... redah je la... dah la malam... (ahad lepas)
RM8 (mahai betul.. kedai melayu mmg gini)

Rupanya mentol selalu padam sebab suis rosak... tukar la suis (ni baru semalam)
RM32

Plug (ni siang tadi... arggghhh.. tensen...)
RM5 (mahai giler gak.. kedai melayu tu la)

JUMLAH= RM403

Itulah pelajaran untuk hari ini... :) Semua bayaran dibuat dari pinjaman dengan kaum kerabat... hehehehe... Yela.. saya ni 3 bulan menganggur. Gaji ATMA pun lambat bangat... Kesimpulannya.. belilah motor baru dari beli motor 2nd hand... hehehehe.. n... 2, 3 hari nanti pasti akan ada tambahan lagi kerosakan kerana motor saya nak mati-mati lagi masa bawak datang sini tadi. Saya sedang berangan-berangan bawak MZ Moskito merah hitam sekarang ni... kalau tidak pun Yamaha 135 LC merah hitam... atau Yamaha 125Z putih kuning... sambil memakai helmet fullface, jaket hijau, glove kulit kaler hitam, berkasut sport merah putih n di belakangnya membonceng budak yang selalu menumpang ku saban minggu.. kakakaka... Tapi saya terlalu sayangkan WCK 9011 ni.. terlalu banyak kenangan yang tercipta dengan motor ni... Kenangan yang terlalu manis... dan ada juga yang terlalu pahit... Saya takkan jual motor ni kalau saya beli motor baru pun... OH motor ku sayang.... pe lagi yer nak buat supaya kamu tak buat hal? Telinga pun dah jentik... Ke nak mandi hari2? Baru teringat.. lama betul tak basuh motor.. :p
 
Wednesday, July 26, 2006
posted by nile at 12:37 PM
Sekarang kat kelas... Tadi ada wat latihan sket... Trainer dah kua biarkan kitaorg buat keje dulu... So boleh la kitaorg rehat awal sket... Saya macam biasalah tak makan. Seingat saya sejak amik slg ni cuma 2 kali saya keluar makan ngan kawan2 sekelas. Yang lain2 duk lepak2 je depan pc... Pastu tidur..heheheh... Hari ni kat kelas 3 orang je datang. So takde la aktiviti berkumpulan. Isnin lepas ada trainer luar datang mengajar. Tapi untuk hari tu je. Isnin lepas gak saya jumpa kawan kepada kawan saya yang belajar kat mesir tu dalam kelas ni. Dia student baru. Tapi itulah las saya jumpa dia. Lepas tu tak datang2 dah. Tak tahu kenapa... tapi saya rasa macam tau je kenapa.. hahahaha...

Trainer dari TPM tu buat satu aktiviti yang agak kelakar. Tapi best la.. Cara dia bercakap pun buat saya gerun tapi kagum.. hehehehe... Dia lulusan Cardiff University tak silap... Dia bercakap pun fully english... Masa hari tu cuma ada 4 orang student yang datang. Semuanya kebetulan lak girl. Oleh kerana semua girl, sebab tu la saya rasa trainer tu buat satu aktiviti yang agak melucukan. Tapi kalau sama2 perempuan tak la malu sangat. Begini.. Kitaorang di suruh menyebut 2 ayat yang bermula dengan My name is.... dan Today... Bermula dengan dia sebut lepas tu orang seterusnya akan sebut apa yang dia cakap dan dia pun akan cakap benda yang sama. Jadi orang ke 3 kena ulang ayat yang telah disebut oleh trainer, orang ke 2 dan yang dia sekali. Jadi yang paling teruk orang yang terakhir iaitu SAYA. Orang ke 2 dan ke 3 pass... orang ke 4 tak pass... termasuk saya orang ke 5... Ada denda bagi yang tak boleh ingat atau tersilap perkataan apa yang diorang sebelumnya cakap. Dan dendanya kena buat terus selepas buat silap tu. Kalau dia tak dapat ulang balik apa yang orang sebelumnya cakap, dia kena pegi ke depan dan tulis suatu perkataan dalam english pada dinding kelas dengan menggunakan punggung!

Masa ni la kitaorang asyik bergelak tawa dalam kelas. Orang pertama yang buat silap ialah orang yang ke 4 iaitu budak baru tu. So, dia kena la pegi kat depan. Memang la kita akan rasa agak memalukan... tapi ia sekadar hiburan.. hehehehe... Sib baik semua girl jadi tak la rasa malu sangat. Seterusnya saya yang tak ingat. Lepas tu semua buat silap... Yang pasti saya tak pernah lepas selepas beberapa pusingan. Saya rasa cuma sekali je kot. Games ni sebenarnya nak menguji sejauh mana tahap pendengaran dan ingatan kita. Memang seronok. Diorang sume lak sporting2 so ok je.. hehehe... Lepas tu main dominoes... Best gak... Kumpulan saya menang. Saya group ngan budak baru tu.. heheheh... Kelas bersama Miss Azreen cuma hari tu je... Memang best la cara dia train... Entah la bila lagi leh jumpa dia... Cerita dia pasal cane dia train anak dia pun best... Partner saya tu lak... Kenapa tak datang kelas ni? Bila la nak jumpa dia balik.. datang la kelas awak...
 
Monday, July 24, 2006
posted by nile at 12:28 PM
Saya kat kelas ni. Trainer kitaorang tak sihat... So ada la masa untuk saya menjenguk-jenguk blog. Saya datang lambat tadi ke kelas. Uruskan pasal motor. Pegi bengkel tukar tiub baru. Habis lagi duit. Motor saya ni asyik makan duit saya je lately... Dah la kita ni tengah kering, masa tu jugak dia nak buat hal. Minggu lepas lampu depan. Siap kena tahan polis lagi. Sib baik baru je padam. So masa polis tu pegang kat lampu depan tu, dia rasa panas. Maknanya baru padam la lampu tu. 2 minggu lepas lak, motor saya mati kat belakang kompleks pertama dekat sogo tu. Mula-mula ingat sebab minyak. Menapak la saya pegi cari stesyen minyak terdekat. Rupernya minyak ada lagi. Start2 tak leh gak. Sampai malam baru ada orang nak tolong tolak. Leh gerak sekejap. Sampai Mobil sebelum masuk highway seremban-kl plus tu mati lagi. Dengan henpon takde kredit, pastu tanya topup kat mobil pun habis, saya berserah je sapa2 yang tingat kat saya call. Dalam penat-penat, lapar, tunggu punya tunggu saya dah give up. Saya pergi beli nasik lemak n makan. Masa tu terdengarlah orang bercakap kat sebelah. Jenguk la kat dia, nampak dia tengah bercakap kat celah-celah pokok bunga sebelah pintu nak masuk mobil mart tu. Rupanya ada telefon yang pakai syiling masuk dalam telefon tu. Boleh lak diorg letak situ.. Letak la tempat yang nampak dan jelas sket. Call kawan, dia call back.. mintak tolong dia datang selamtakan saya.. Hehhehe... Mula-mula suruh orang tolak. 2,3 kali masih tak hidup so saya amik keputusan untuk balik. Lagipun dah lewat sangat. Hampir kul 2. Kali ni bermalam la kat situ. Tanpa solex tanpa apa... saya harap esok ada la lagi motor tu. Esok saya datang baiki sendiri.. Tukar plug, tukar bateri.. Habis duit tiket nak balik kampung.

Sebelum ni pun ada gak. Skru kat tempat letak kaki tu longgar, pastu tali brek kaki tercabut. Kali ni kawan yang tolong baiki. So tak la kena kua duit. Sebelum tu yang paling teruk. Baiki sampai RM200 lebih. Tu pun pakai duit BosS (thanks te boss).Yang ni paling saya sakit hati sebab dia tak buat betul2. Plug tak tukar tapi dalam resit tulis. Pastu pasang skru dengan brek kaki tak kemas, tu yang longgar tu. Saya pernah nak terbabas masa stop kat traffik light. Ye lah.. brek takde.. Brek tangan tak makan sangat. Kali ni wat hal lagi. Motor saya pancit malam tadi kat highway plus... Nasib baik masa tu dah nak masuk exit Bangi. Saya bawak jugak sebab tayar belakang yang pancit. Umah saya kat seksyen 15,dekat sangat la dengan tol Bangi.

Macam-macam dugaan menimpa saat-saat kekeringan ni. Tapi saya terima sebagai ujian. Kadang-kadang tak tahan gak... Biasalah manusia biasa...Saya tak tahu bila saya akan balik umah kakak. Bestnya kalau dapat balik. Duduk kat KL ni duit mengalir macam air je... Gaji!!! cepat la masuk!!!!!

p/s: hari ni saya rasa hepi sangat... sebab jumpa kawan kepada kawan baik (baik ke..? boleh lah..heheh) dalam kelas... keciknyer dunia ni....
 
Monday, July 17, 2006
posted by nile at 1:25 PM
Saya lalui satu minggu yang agak penat, padat, sesak minggu lepas. Tapi saya berpuas hati dan cukup gembira dengan pengakhiran yang berlaku pada hari terakhirnya minggu lalu iaitu semalam. Saya gembira sangat-sangat dalam keletihan... Hanya Allah je tahu betapa saya bersyukur atas apa yang berlaku. Apa yang berlaku tu.. bak kata Siti Nurhaliza.. "Biarlah Rahsia" hehehe.. walaupun antara Siti dan Dato' K bukanlah rahsia lagi. Tadi live kat TV3 pengumuman pertunangan, perkahwinan dan persandingan yang kan berlaku pada bulan Rejab nanti.

Saya sepatutnya balik minggu ni untuk jaga kakak bersalin tapi tak jadi. Mungkin saya akan balik minggu depan atau 2 minggu lagi. Tapi yang pasti saya akan balik jugak. Pagi tadi saya agak kelam kabut bila kakak saya bagitahu saya tak perlu balik lagi. Apa taknya... dah la kredit takde, semua lab di ATMA dah saya batalkan. Tapi alhamdulillah la sebab lab bermula esok. So saya ada masa lagi untuk inform balik kat diorang. Terus cari topup tadi sebelum pegi kelas. Lepas tu call sana, call sini, sms sana, sms sini.. tapi setakat ni student saya masih belum balas sms saya. Hope diorang dapat info dari siapa-siapa yang lab minggu ni berjalan seperti biasa.

Terakhirnya... Saya nak teruskan perjuangan saya disini... masih terlalu banyak yang perlu saya lakukan...
 
Friday, July 14, 2006
posted by nile at 12:18 PM
Pertama sekali saya ingin memohon mintak maaf sebab lama tak update. Saya terlalu sibuk kebelakangan ini. Sejak saya ambil kursus bahasa inggeris di bawah skim latihan graduan (SLG), saya harus bangun pagi setiap hari. Walaupun saya sudah ambil master, saya ambil peluang untuk sertai SLG sebagai persediaan saya untuk hadiri tenuduga. Ke kelas SLG ni macam orang pegi kerja la. Kelas setiap hari 9am - 4 pm. Masa kerja kat ATMA saya pergi kerja la sebab cuma 2 jam sehari. Tu pun bukan setiap hari cuma hari selasa, rabu dan khamis.Oleh kerana setiap hari saya bangun pagi, saya telah mengubah rutin harian saya sebelum ini yang lebih suka tidur di siang hari dan malam masa untuk berjaga. Melakukan hampir 2 kerja dalam satu hari, berulang alik ke 2 tempat dalam satu hari membuatkan saya agak keletihan. Saya pun dah lupa bila kali terakhir saya melepak di lab saya kat UKM tersayang tuh. Kalau tak hari-hari saya di sana. Minggu ni rekod la. Satu hari pun saya tak jejakkan kaki saya ke UKM.

Kadang-kadang rindu nak berjalan-jalan ke blog kawan-kawan macam dulu. Tapi masa saya yang agak terbatas membuatkan rutin dulu tak dapat dilakukan sekerap dulu. Rindu betul nak dengar lagu "sedang ingin bercinta" kat blog cd.. hehehe.. Pastu pegi buat gosip kat blog honey... kekkeekke.. n dengar leteran dia suruh saya pegi jumpa doc.. kekekeke.. Saya masih sakit honey.. Entah bila la saya nak pergi ni. Nak lepak-lepak kat forum Blues... Jumpa kawan-kawan kat sana... Rindunya kat sume forumer blues... InsyaAllah saya akan ke sana lagi nanti. Minggu depan saya akan balik kampung untuk jaga kakak yang akan bakal bersalin. Bila balik lagi la susah saya nak online. nanti saya update lagi. Minggu ni banyak kenangan yang pahit manis.. yang utama kisah saya tersadai di Mobil sebelum tol masuk ke highway KL-seremban tu sorang-sorang diri dengan hp tanpa kredit. nanti la yer saya update. hehehe..
 
Tuesday, July 04, 2006
posted by nile at 1:31 AM
Ni bukan soal sakit hati... atau sakit jiwa... Walau itu juga yang saya rasa kebelakangan ni. Tapi ini juga bukan sakit kepala atau sakit demam... Itu sakit biasa bagi orang lain tapi jarang-jarang buat saya. Ini sakit belakang. Sakit yang biasa bagi saya dan ia akan datang bila saya mula bekerja dengan bersungguh-sungguh sekali. Dulu, sewaktu saya menyiapkan lab work untuk master, saya memang biasa sakit belakang. Tapi ia tak seteruk sekarang. Sekarang 12 jam (10 jam ditolak untuk tidur... saya memang kuat tidur... alhamdulillah hobi tidur saya itu mengurangkan sedikit masa untuk saya menahan kesakitan) saya dapat rasakan kesakitannya. Kadang-kadang, rasa sakit tu berlainan sekali dengan sakit yang pernah saya rasai sebelum ni. Rasa ngilu sangat... dan juga perit (sama seperti bila saya rasa sakit hati yang teramat sangat). Dah masuk 3 minggu sakit ini membelenggu fikiran saya. Tapi saya biarkan je. Saya tak pasti apa sebabnya ia semakin teruk kebelakangan ini. Mungkin juga sebab masa melepak saya di depan komputer semakin bertambah sekarang. Mungkin juga kerana sikap saya yang tidak suka bersandar bila duduk di kerusi. Mungkin juga sebab saya terlalu bongkok bila duduk. Entahlah... saya tak tahu sampai bila saya akan biarkan rasa sakit ni menguasai belakang saya... Saya harap ia akan hilang bila saya mula bercuti 16hb Julai nanti selama seminggu di rumah kakak di Terengganu. Kerana biasanya di rumah kakak, 18 jam (tolak 6 jam untuk saya mandi, masak, makan, solat, hantar dan ambil kakak dari tempat kerja) saya akan duduk berbaring di atas sofa merah milik kakak saya untuk menonton tv dan juga akan tidur di tempat yang sama saban malam sehingga saya terpaksa menukar sofa pada bahagian saya duduk dengan sofa di hujung kaki sekali sekala untuk menyeimbangkan saiznya. Alhamdulillah di rumahnya belum disambungkan dengan talian internet. Kalau tidak, sakit belakang saya ini, pasti tidak hilang kerana hobi saya di sini akan bersambung pula di sana. Dulu di rumahnya ada internet, tetapi sejak dia berpindah dia sudah berkali-kali menyatakan yang dia ingin membuat penyambungan internet tetapi oleh kerana komputer kakak saya sedang enak berada di rumah saya di Bangi (saya meminjam darinya sewaktu dia mula-mula berpindah rumah dan waktu itu talian internet belum dapat disambung kerana taman perumahan dia sendiri belum ada tiang telefon), dia tidak dapat meneruskan hasrat hatinya. InsyaAllah saya akan memulangkan padanya bila saya sudah viva nanti. Semoga sakit belakang yang saya deritai sekarang akan hilang cepat-cepat kerana saya sudah terlalu banyak menderita kerana penyakit-penyakit lain.


p/s: saya tak tahu kenapa ayat saya terlalu skema hari ini...
 
Monday, July 03, 2006
posted by nile at 4:05 PM
Berminggu-minggu saya pening kerana hal hutan yuran master yang tiba-tiba muncul dalam akaun saya yang berjumlah hampir RM2000. Sepatutnya saya tak perlu membayar lagi kerana tesis sudah dihantar untuk pemeriksaan 6 bulan lepas. Salah saya juga kerana menangguh-nangguhkan urusan ke Pusat Pengajian Siswazah (PPS) sejak saya mengetahui hal ni 2 minggu lepas. Saya alarm hp saya pukul 9 am untuk bangun ke PPS tapi tahu-tahu sajalah saya ni susah nak bangun pagi. Bila tengok hp dah jam 14:18 (ehmmm) baru la saya menggagahkan diri untuk bangun. Malam tadi saya tidur awal, belum pukul 3 saya sudah terlelap tapi tulah susah jugak saya nak bangun pagi. Selepas bersiap saya ke bahagian bendahari di bangunan canselori. Tapi masalah tu tak dapat juga diselesaikan. Pegawai kat sana suruh saya ke PPS untuk setelkan hal ni. Terpaksalah memecut ke sana pula. Alhamdulillah selepas berurusan dengan beberapa orang pegawai di sana, segalanya selesai. Tak perlulah saya menggantung diri saya dari pendaftaran. Itulah keputusan yang akan saya ambil kiranya hal ni tak dapat diselesaikan. Mana nak cari wooo RM2000 dalam masa yang singkat ni...? Sib baik tak gantung, kalau gantung lambat lagi la saya viva... Kalau boleh saya nak selesaikannya cepat-cepat. Tapi syukurlah semua dah selesai. Tapi... masih ada sesuatu yang saya fikirkan sekarang... dan saya rasa ia tidak mungkin semudah itu... hope diorang tak perasan.. hahaha... senyap yer...