Monday, July 03, 2006
posted by nile at 4:05 PM
Berminggu-minggu saya pening kerana hal hutan yuran master yang tiba-tiba muncul dalam akaun saya yang berjumlah hampir RM2000. Sepatutnya saya tak perlu membayar lagi kerana tesis sudah dihantar untuk pemeriksaan 6 bulan lepas. Salah saya juga kerana menangguh-nangguhkan urusan ke Pusat Pengajian Siswazah (PPS) sejak saya mengetahui hal ni 2 minggu lepas. Saya alarm hp saya pukul 9 am untuk bangun ke PPS tapi tahu-tahu sajalah saya ni susah nak bangun pagi. Bila tengok hp dah jam 14:18 (ehmmm) baru la saya menggagahkan diri untuk bangun. Malam tadi saya tidur awal, belum pukul 3 saya sudah terlelap tapi tulah susah jugak saya nak bangun pagi. Selepas bersiap saya ke bahagian bendahari di bangunan canselori. Tapi masalah tu tak dapat juga diselesaikan. Pegawai kat sana suruh saya ke PPS untuk setelkan hal ni. Terpaksalah memecut ke sana pula. Alhamdulillah selepas berurusan dengan beberapa orang pegawai di sana, segalanya selesai. Tak perlulah saya menggantung diri saya dari pendaftaran. Itulah keputusan yang akan saya ambil kiranya hal ni tak dapat diselesaikan. Mana nak cari wooo RM2000 dalam masa yang singkat ni...? Sib baik tak gantung, kalau gantung lambat lagi la saya viva... Kalau boleh saya nak selesaikannya cepat-cepat. Tapi syukurlah semua dah selesai. Tapi... masih ada sesuatu yang saya fikirkan sekarang... dan saya rasa ia tidak mungkin semudah itu... hope diorang tak perasan.. hahaha... senyap yer...