Wednesday, July 26, 2006
posted by nile at 12:37 PM
Sekarang kat kelas... Tadi ada wat latihan sket... Trainer dah kua biarkan kitaorg buat keje dulu... So boleh la kitaorg rehat awal sket... Saya macam biasalah tak makan. Seingat saya sejak amik slg ni cuma 2 kali saya keluar makan ngan kawan2 sekelas. Yang lain2 duk lepak2 je depan pc... Pastu tidur..heheheh... Hari ni kat kelas 3 orang je datang. So takde la aktiviti berkumpulan. Isnin lepas ada trainer luar datang mengajar. Tapi untuk hari tu je. Isnin lepas gak saya jumpa kawan kepada kawan saya yang belajar kat mesir tu dalam kelas ni. Dia student baru. Tapi itulah las saya jumpa dia. Lepas tu tak datang2 dah. Tak tahu kenapa... tapi saya rasa macam tau je kenapa.. hahahaha...

Trainer dari TPM tu buat satu aktiviti yang agak kelakar. Tapi best la.. Cara dia bercakap pun buat saya gerun tapi kagum.. hehehehe... Dia lulusan Cardiff University tak silap... Dia bercakap pun fully english... Masa hari tu cuma ada 4 orang student yang datang. Semuanya kebetulan lak girl. Oleh kerana semua girl, sebab tu la saya rasa trainer tu buat satu aktiviti yang agak melucukan. Tapi kalau sama2 perempuan tak la malu sangat. Begini.. Kitaorang di suruh menyebut 2 ayat yang bermula dengan My name is.... dan Today... Bermula dengan dia sebut lepas tu orang seterusnya akan sebut apa yang dia cakap dan dia pun akan cakap benda yang sama. Jadi orang ke 3 kena ulang ayat yang telah disebut oleh trainer, orang ke 2 dan yang dia sekali. Jadi yang paling teruk orang yang terakhir iaitu SAYA. Orang ke 2 dan ke 3 pass... orang ke 4 tak pass... termasuk saya orang ke 5... Ada denda bagi yang tak boleh ingat atau tersilap perkataan apa yang diorang sebelumnya cakap. Dan dendanya kena buat terus selepas buat silap tu. Kalau dia tak dapat ulang balik apa yang orang sebelumnya cakap, dia kena pegi ke depan dan tulis suatu perkataan dalam english pada dinding kelas dengan menggunakan punggung!

Masa ni la kitaorang asyik bergelak tawa dalam kelas. Orang pertama yang buat silap ialah orang yang ke 4 iaitu budak baru tu. So, dia kena la pegi kat depan. Memang la kita akan rasa agak memalukan... tapi ia sekadar hiburan.. hehehehe... Sib baik semua girl jadi tak la rasa malu sangat. Seterusnya saya yang tak ingat. Lepas tu semua buat silap... Yang pasti saya tak pernah lepas selepas beberapa pusingan. Saya rasa cuma sekali je kot. Games ni sebenarnya nak menguji sejauh mana tahap pendengaran dan ingatan kita. Memang seronok. Diorang sume lak sporting2 so ok je.. hehehe... Lepas tu main dominoes... Best gak... Kumpulan saya menang. Saya group ngan budak baru tu.. heheheh... Kelas bersama Miss Azreen cuma hari tu je... Memang best la cara dia train... Entah la bila lagi leh jumpa dia... Cerita dia pasal cane dia train anak dia pun best... Partner saya tu lak... Kenapa tak datang kelas ni? Bila la nak jumpa dia balik.. datang la kelas awak...