Monday, July 24, 2006
posted by nile at 12:28 PM
Saya kat kelas ni. Trainer kitaorang tak sihat... So ada la masa untuk saya menjenguk-jenguk blog. Saya datang lambat tadi ke kelas. Uruskan pasal motor. Pegi bengkel tukar tiub baru. Habis lagi duit. Motor saya ni asyik makan duit saya je lately... Dah la kita ni tengah kering, masa tu jugak dia nak buat hal. Minggu lepas lampu depan. Siap kena tahan polis lagi. Sib baik baru je padam. So masa polis tu pegang kat lampu depan tu, dia rasa panas. Maknanya baru padam la lampu tu. 2 minggu lepas lak, motor saya mati kat belakang kompleks pertama dekat sogo tu. Mula-mula ingat sebab minyak. Menapak la saya pegi cari stesyen minyak terdekat. Rupernya minyak ada lagi. Start2 tak leh gak. Sampai malam baru ada orang nak tolong tolak. Leh gerak sekejap. Sampai Mobil sebelum masuk highway seremban-kl plus tu mati lagi. Dengan henpon takde kredit, pastu tanya topup kat mobil pun habis, saya berserah je sapa2 yang tingat kat saya call. Dalam penat-penat, lapar, tunggu punya tunggu saya dah give up. Saya pergi beli nasik lemak n makan. Masa tu terdengarlah orang bercakap kat sebelah. Jenguk la kat dia, nampak dia tengah bercakap kat celah-celah pokok bunga sebelah pintu nak masuk mobil mart tu. Rupanya ada telefon yang pakai syiling masuk dalam telefon tu. Boleh lak diorg letak situ.. Letak la tempat yang nampak dan jelas sket. Call kawan, dia call back.. mintak tolong dia datang selamtakan saya.. Hehhehe... Mula-mula suruh orang tolak. 2,3 kali masih tak hidup so saya amik keputusan untuk balik. Lagipun dah lewat sangat. Hampir kul 2. Kali ni bermalam la kat situ. Tanpa solex tanpa apa... saya harap esok ada la lagi motor tu. Esok saya datang baiki sendiri.. Tukar plug, tukar bateri.. Habis duit tiket nak balik kampung.

Sebelum ni pun ada gak. Skru kat tempat letak kaki tu longgar, pastu tali brek kaki tercabut. Kali ni kawan yang tolong baiki. So tak la kena kua duit. Sebelum tu yang paling teruk. Baiki sampai RM200 lebih. Tu pun pakai duit BosS (thanks te boss).Yang ni paling saya sakit hati sebab dia tak buat betul2. Plug tak tukar tapi dalam resit tulis. Pastu pasang skru dengan brek kaki tak kemas, tu yang longgar tu. Saya pernah nak terbabas masa stop kat traffik light. Ye lah.. brek takde.. Brek tangan tak makan sangat. Kali ni wat hal lagi. Motor saya pancit malam tadi kat highway plus... Nasib baik masa tu dah nak masuk exit Bangi. Saya bawak jugak sebab tayar belakang yang pancit. Umah saya kat seksyen 15,dekat sangat la dengan tol Bangi.

Macam-macam dugaan menimpa saat-saat kekeringan ni. Tapi saya terima sebagai ujian. Kadang-kadang tak tahan gak... Biasalah manusia biasa...Saya tak tahu bila saya akan balik umah kakak. Bestnya kalau dapat balik. Duduk kat KL ni duit mengalir macam air je... Gaji!!! cepat la masuk!!!!!

p/s: hari ni saya rasa hepi sangat... sebab jumpa kawan kepada kawan baik (baik ke..? boleh lah..heheh) dalam kelas... keciknyer dunia ni....