Monday, July 17, 2006
posted by nile at 1:25 PM
Saya lalui satu minggu yang agak penat, padat, sesak minggu lepas. Tapi saya berpuas hati dan cukup gembira dengan pengakhiran yang berlaku pada hari terakhirnya minggu lalu iaitu semalam. Saya gembira sangat-sangat dalam keletihan... Hanya Allah je tahu betapa saya bersyukur atas apa yang berlaku. Apa yang berlaku tu.. bak kata Siti Nurhaliza.. "Biarlah Rahsia" hehehe.. walaupun antara Siti dan Dato' K bukanlah rahsia lagi. Tadi live kat TV3 pengumuman pertunangan, perkahwinan dan persandingan yang kan berlaku pada bulan Rejab nanti.

Saya sepatutnya balik minggu ni untuk jaga kakak bersalin tapi tak jadi. Mungkin saya akan balik minggu depan atau 2 minggu lagi. Tapi yang pasti saya akan balik jugak. Pagi tadi saya agak kelam kabut bila kakak saya bagitahu saya tak perlu balik lagi. Apa taknya... dah la kredit takde, semua lab di ATMA dah saya batalkan. Tapi alhamdulillah la sebab lab bermula esok. So saya ada masa lagi untuk inform balik kat diorang. Terus cari topup tadi sebelum pegi kelas. Lepas tu call sana, call sini, sms sana, sms sini.. tapi setakat ni student saya masih belum balas sms saya. Hope diorang dapat info dari siapa-siapa yang lab minggu ni berjalan seperti biasa.

Terakhirnya... Saya nak teruskan perjuangan saya disini... masih terlalu banyak yang perlu saya lakukan...