Tuesday, August 29, 2006
posted by nile at 9:03 AM
Photobucket - Video and Image Hosting


Semalam saya telah melakukan perkara di luar kebiasaan orang. hehehe... Saya ke HKL semalam untuk dapatkan rawatan berkenaan sakit gatal-gatal yang agak mengerikan di kura tangan (atau di bahagian atas tapak tangan..istilah ini saya perolehi dari buku Tunggu Teduh Dulu :D. Saya tiba di HKL lebih kurang jam 5.15 pagi. hahaha... Awal kan... Terpaksalah melepak sambil baca buku Tunggu Teduh Dulu dan bila mengantuk saya tidur di kerusi di tempat menunggu wad kecemasan. Rupanya agak ramai orang di sana pada waktu-waktu begini. Saya terpaksa juga ke sana sebab ia bertambah teruk. Saya sudah ke klinik biasa tetapi ubat yang diberikan tidak berkesan langsung. Saya kena datang balik ke HKL 12hb Sept ni untuk jumpa doktor pakar. Sedih gak semalam sebab langsung tak diberikan ubat sementara menunggu tarikh tu. Dah la malam-malam sekarang ada masa saya susah hendak tidur kerana terlalu gatal. Saya tak nak menulis banyak sebab saya cuma nak masukkan entry yang saya dah siapkan hampir 2 bulan lepas yang berkaitan dengan sakit ini tapi tak terpublish.

-2hb Julai lepas bermula pendaftaran pelajar-pelajar di semua universiti di seluruh Malaysia. Dan sekarang semua mahasiswa sedang mengalami mimpi ngeri mereka dalam minggu orientasi yang berlangsung selama kira-kira satu minggu. Saya juga pernah alaminya dahulu. Saya masih ingat tarikh saya mendaftarkan diri di UKM 6 tahun lalu pada 20 Mei 2000. Minggu orientasilah minggu yang akan saya kenang sehingga kerana salah satu penyakit saya yang masih saya deritai sehingga hari ini bermula dalam minggu ini. Minggu orientasi adalah minggu tidak cukup tidur (tahu-tahu sajalah yang tidur itu adalah hobi saya), minggu kepenatan, minggu kaki saya melecet (berjalan kaki ke DECTAR dari kolej jin bertendang Keris Mas untuk program menjerit, melolong,bersorak dan bergaduh dengan kolej lain), dan minggu menguruskan badan. Dan yang paling penting ia adalah minggu di mana penyakit saya yang alah kepada besi bermula dari minggu ini.


Alahan saya pada besi bermula dengan alahnya saya pada kerongsang. Bagi yang bertudung, hampir 16 jam menghabiskan masa dengan bertudung dalam keadaan yang berpeluh-peluh dalam program-program yang harus diisi dalam minggu orientasi mungkin memberikan kesan pada kulit yang sensitif. Mungkin... sebenarnya ini adalah hipotesis yang saya buat sendiri sewaktu saya mendapat penyakit ini di akhir-akhir minggu orientasi. Dan kesannya, selepas 6 tahun penyakit ini masih belum reda. Bermacam-macam kaedah yang saya gunakan untuk mengatasi penyakit ini. Antara idea saya yang pernah ditiru orang adalah menampal medical plaster pada bahagian leher. Selain itu saya juga pernah menjahit semua tudung-tudung saya, so saya tak perlu pakai kerongsang lagi. Tapi itu kerja yang agak menyusahkan. Dan ia biasanya tak bertahan lama. Kini, saya bergantung pada krim ECONAZINE. Krim ini sebenarnya baru saja saya guna dalam setahun setengah yang lepas selepas di cadangkan oleh seorang sahabat bila saya mengalami alahan yang sama tapi dibahagian yang berlainan (saya masih menyimpan packnya-seperti di dalam gambar). Dan yang terbaru krim ini dihadiahkan oleh boss saya yang baik hati (pack yang masih gemuk). Dan hasilnya amat meyakinkan. Kulit saya dibahagian terkena kerongsang tidak seteruk dulu. Tapi saya masih bergantung pada krim ini untuk mengelakkan alahan berulang.


Econazine adalah krim antifungal yang mempunyai bahan aktif utama iaitu econazole nitrate. Bagi orang kimia seperti saya, bahan-bahan seperti ini menarik perhatian untuk dikaji dengan lebih lanjut. Saya pasti semua orang tahu nitrate kan? nitrate atau nitrat berformula NO3 merupakan antara sumber utama dalam baja. Tapi itu tidak penting, yang utama adalah bagaimana econazole nitrate bertindak balas dengan alahan saya. Krim ini bertindak balas dengan dengan merencatkan penghasilan bahan kimia yang dipanggil ergosterol yang merupakan komponen dalam membran sel fungal. Yang pasti alahan saya disebabkan oleh jangkitan fungal pada kulit saya. Maklumat lanjut boleh dibaca di sini. Apa kaitannya dengan kehadiran besi seperti jam, kerongsang, tali pinggang dengan alahan ini saya tidak pasti. Mungkin orang biologi menerangkannya dengan lebih lanjut (saya bersekolah di aliran teknik, masih terlalu banyak istilah dan apa-apa mengenai biologi yang tidak difahami). Saya akan cuba mencari lagi maklumat-maklumat yang berkaitan dengannya untuk entry akan datang. Yang merungsingkan saya, sejak 2 bulan yang lalu alahan yang lebih kurang sama telah berjangkit pula pada bahagian yang tidak berkaitan sedikit pun dengan besi iaitu pada tangan saya. Gatal-gatal pada bahagian di atas tapak tangan (kura tangan), menyebabkan kulit tangan saya kelihatan sedikit mengerikan. Sebenarnya saya sendiri kurang pasti adakah ia juga disebabkan oleh jangkitan fungal. Kini saya lebih banyak menggunakan krim ini pada bahagian tangan berbanding pada bahagian alahan kerongsang saya. Tapi hasilnya tidak sebaik seperti yang saya gunakan pada bahagian yang alah dengan besi. Saya berharap penggunaan mandian berubat seperti dettol dan protex boleh merencatkan penyakit ini selain daripada penggunaan krim econazine. Harap-harapnya begitulah.

P/s: siapa ada idea yang lebih baik? Jumpa doc, ooo…mungkin…mungkin tidak.. Itu susah sket. sakit belakang pun saya tak pegi, inikan pula sekadar gatal-gatal… hehehe


---tapi akhirnya saya pegi juga jumpa doktor kan...? :D