Friday, August 04, 2006
posted by nile at 1:48 PM
Sejak semalam hidung saya mula berair2... Mungkin saya akan selsema. Dulu kalau saya selsema saya biarkan sahaja.. Satu2nya sakit yang saya akan pergi klinik adalah sakit gigi... Tapi khamis lepas saya ke klinik kerana tangan saya dah semakin teruk... Gatalnya dah tak tertahan lagi. Kalau tak kerana kulit tangan saya buruk kerana menggerutu dan berkudis saya pasti tak ke klinik. Lagipun semua orang desak saya ke klinik... Akhirnya saya pergi juga. Sekarang saya selsema. Saya mungkin takkan pegi ke klinik. Sebabnya... 2 bulan lepas saya selsema juga. Oleh kerana waktu tu saya perlu berjalan jauh dan perlu memandu saya mintak kakak saya belikan ubat selsema. Dia amik ubat tu di klinik panelnya. Saya makan sehari je terus baik. Sebelum ini tak mungkin selsema saya hilang secepat itu. Paling kurang seminggu. Ia bermula dengan hidung berair, batuk, berhingus, hilang suara dan akhirnya baru sembuh. Tapi ajaibnya sehari terus baik. Yelah sebelum ni saya biarkan je.. mana pernah makan ubat walau pun hanya sekadar panadol kecuali la dipaksa.. hehehe.. Jadi sekarang saya takkan ke klinik sebab ubat dulu masih ada. Kebetulan saya hendak berjalan jauh kerana hendak balik kampung lusa. Saya takut dalam bas selsema saya semakin teruk kerana sejuk.


Ini kisah saya sabtu lepas... Saya terketar2 kerana terlalu gembira...giler betul... rasa nak melompat2 pun ada.. nak menjerit2 pun ada.. sampai ada budak tu dah takut tengok saya.. Jangan bimbang.. saya belum jadi Al Majnum lagi... selain tu perasaan takut itu juga kadang2 datang melanda... ni semua gara2 blues selamanya isu 103... Buat 03... maafkan saya andai ia melukakan hatimu... dan jujurnya saya telah berhenti berharap pada kamu... yang penting saya harap kamu bahagia... dan jujurnya lagi... saya masih ingin kamu jadi sahabat saya... sahabat saya di jalanNYA... saya akan tunggu hingga hati kamu terbuka untuk menerima saya kembali... mungkin saya gila... tapi itulah saya... gila saya kini bukan gila seperti dulu... itu bezanya... cukuplah dulu saya gila kerana sahabat... cukuplah airmata saya setiap hari mengalir kerana sahabat.. hati saya sakit kerana sahabat... cukuplah saya merempit laju2 kerana sahabat... cukuplah saya berkurung di dalam bilik yang gelap sehari semalam kerana sahabat... cukuplah saya gadaikan seluruh masa depan saya kerana sahabat... cukuplah... cukuplah... cukuplah... saya tidak bencikan sahabat2 saya... saya masih menyayangi mereka... tapi jalan kami kini berbeza... saya nak bersahabat keranaNYA... itu bezanya... saya menunggu kamu keranaNYA... itu bezanya... kalau saya gila pun biarlah saya gila keranaNYA... itu bezanya... saya tahu saya tidak sama dengan dia... tidak seistimewa dia... itu bezanya... tapi saya tidak mampu melupakan kamu... kebaikan kamu... gelak tawa kamu... keihlasan kamu... persahabatan kita... maafkan saya...


p/s: saya akan balik kampung selama 2 minggu untuk menjaga kakak yang baru mendapat baby girl 29hb Julai baru ni.. jumpa kawan-kawan semua selepas 16hb...