Thursday, September 28, 2006
posted by nile at 11:34 AM
1. Mood tengah rajin cari keje... hehehehe
2. Sapa tau biasiswa JPA sama ngan biasiswa persekutuan yang lain ke?
3. Qup... special ramadan wish utk kamu... kenapa menyepi? (saya ok je... hehehe... thanks apple...)
4. Pink... bila nak buat pengakuan maut?
5. Saya harap berat saya turun ramadan ni, paling kurang ke 50kg...
6. Untuk 14, 15 & 18... saya harap kalian bahagia.Saya ketemu pelangi saat hilang kalian... Jadi saya ingin bergembira dengannya. Kalau kawin jangan lupa jemput... hehehe
7. Haziey... jangan sedih2 eh.. saya kan ada.. kekekeke
8. Saya banyak impian... semoga ia bukan sekadar jadi mimpi... (bila nak dapat keje nih?)
9. Saya belum beli tiket raya, ada lagi ke?
10. Bila nak habis tanda lab report ni??? (padan muka sebab menangguh)
 
Saturday, September 23, 2006
posted by nile at 7:16 PM
Ini yang terakhir... Saya telah menghubungi pihak di sana semalam dan jawapannya adalah saya menolak. Sebabnya.... "biar aku saja yang tahu"... Saya bukan memilih tetapi bagi saya itu adalah yang terbaik untuk saya. Mungkin sudah tiba masanya saya mencari kerja dengan kelayakan saya yang sebenar. Saya hendak mencari kerja sebagai pensyarah kerana saya sudah habiskan masa saya 3 tahun (mungkin akan menghampiri 4 tahun) untuk ijazah sarjana saya. Kalau tidak pun sebagai penyelidik. Dan semua ini buat saya sedar dari lamunan. Sudah terlalu lama saya terlena sebenarnya hanya kerana takut menghadiri sesi temuduga. Dan janji saya selepas ini, saya akan mencari kerja secara ekstrem selepas saat ini. Janji juga akan tinggal janji kalau saya masih tidak bangkit.
 
Friday, September 22, 2006
posted by nile at 9:57 AM
Nampaknya badan saya lemah sekali lagi. Fikiran saya agak rungsing sekarang. Banyak perkara yang saya perlu fikirkan. Kadang-kadang bila peluang diberi, saya pula yang tidak mampu membuat keputusan. Temuduga semalam berjalan dengan lancar. Bermula dengan sedikit penerangan ringkas, ujian IQ, matematik dan juga soalan mengenai bidang kerja dan akhirnya temuduga. Saya orang yang terakhir dan yang paling singkat. Tidak sampai 10 minit rasanya. Keputusannya.... " Saya sudah lihat latar belakang kamu, bagi saya tiada masalah tapi..." Tapi apa? Jawapan kepada 'tapi' itu saya perolehi hari ini. Penemuduga meminta saya menghubunginya hari ini untuk jawapan kepada 'tapi' itu. Tapi saya pula yang berbelah bahagi sekarang. Entahlah, antara menerima atau tidak, saya berikan jawapannya isnin ini. Tapi ia juga bergantung kepada pihak di sana.
 
Wednesday, September 20, 2006
posted by nile at 12:42 PM
Badan saya lemah sekarang. Agak lemah kerana takut menghadapi hari esok. Temuduga perkara yang paling saya takuti (Allah tetap yang utama). Baru pagi tadi saya saja-saja memohon jawatan ini, Product Design Engineer. Tak lama kemudian, saya menerima sms supaya menyemak emel bagi jemputan menghadiri temuduga ini. Tarikh 21 September 2006, iaitu esok. Awalnya... tapi saya akan cuba. Tempatnya di Seksyen 13 Shah Alam. Entah bagaimana saya hendak ke sana. Kebetulan si Apple juga akan menghadiri temuduga cikgunya di Politeknik Shah Alam. Mungkin saya boleh menumpangnya. Saya tak tahu samaada saya cukup bersedia untuk pergi. Saya tidak mengharap untuk berjaya tapi saya hanya pergi untuk mencari pengalaman menghadiri temuduga. Jadi kenapa saya perlu bimbang kan? Saya harap esok saya tidak tergagap-gagap seperti biasa. Doakan saya. Kalau berjaya alhmadulillah. Dapat saya mencuba bidang baru. 6 bulan pertama saya akan diberi latihan. Tapi kalau tidak berjaya, tidak mengapa. Saya masih ada target lain untuk masa depan saya.
 
Tuesday, September 19, 2006
posted by nile at 10:37 AM


Perkara Satu

Jawapan untuk kuiz minggu lepas. Maaf sebab tidak menjawabnya semalam. Saya tidak bertandang ke kelas. Rasa malas menyelimuti hati. Ini jawapannya... Tangan saya kesakitan kerana gitar. Selepas seminggu rasa sakit masih belum hilang. Tapi berbaloilah... Paling kurang lagu dealova sudah saya boleh mainkan walau seperti kura-kura berjalan.

Perkara Dua
Saya masih geram yang teramat sangat pada mamat yang bernama ... Saya mengenali mamat ini melalui sms. Dia yang mula-mula menghantar sms untuk berkenalan. Dia mendapat nombor telefon bimbit saya dari resume yang saya tertinggal di kafe siber berhampiran rumah. Orang menghulurkan salam perkenalan. Apa salah saya menyambutnya. Dua hari kami bersms tanpa henti. Hari ke 3 kami bertemu. Dia belanja saya makan. Siap menghantar saya balik dengan menemani saya berjalan kaki sampai ke pintu pagar rumah. Hari seterusnya dia sepi. Saya menghantar beberapa sms bertanya berita. Tapi satu pun tidak dijawabnya. Saya bukan merindu, tapi soalan datang bertalu-talu. Lelaki apakah ini? Apa salahnya berkawan kalau rupa saya dia tidak berkenan? Saya tahu dia hensem tahap superman bila berkaca mata. Dalam sms sibuk bertanya-tanya, andai saya sudah berpunya. Siap mahu menghantar borang untuk jadi peneman. Dan minta saya berterus terang takut putus di tengah jalan. Hampeh betul lelaki ini. Ingat aku suka sangat sama kamu? Entah sudah berapa orang sudah kamu permainkan... Nampak sangat kamu tidak ikhlas bila berkawan.
 
Friday, September 15, 2006
posted by nile at 9:37 AM
Gatal-gatal di bahagian kura tangan saya beransur sembuh. Semakin sembuh sebelum berjumpa dengan doktor pakar lagi. Tapi saya pergi juga Selasa lepas ke HKL untuk kepastian. Hasilnya saya hampir-hampir pasti apa yang menjadi punca kulit di kura tangan saya memutih dan berkudis akibat kegatalan. Beberapa bulan lepas sebelum sakit ini timbul, saya ada memakai satu cologne sebagai pengganti perfume yang saya pakai sebelum ini. Cologne ini dalam bentuk gel, jadi untuk memakainya saya harus tuang di tapak tangan dan saya sapukan di bahagian yang di kehendaki. Saya bukan hanya menyapu di bahagian tangan tetapi juga di leher tetapi mengapa kegatalan tu hanya timbul di kura tangan? Jawapan itu saya perolehi Selasa lepas. Saya bermotosikal tanpa memakai sarung tangan. Cahaya matahari yang singgah secara langsung pada tangan saya menyebabkan hal ini berlaku.

Sebelum tu saya ada menggunakan ubat sapu yang diberikan oleh doktor, tetapi tak memberikan apa-apa kesan langsung. Sejak saya tidak menggunakan lagi produk ini hampir sebulan dah, saya perasan tangan saya semakin sembuh.Itulah kisahnya. Doktor berbangsa India itu mengesyorkan saya memakai sarung tangan apabila menunggang motor. Tapi saya tetap tak memakainya sampai hari ini. Dan sejak balik dari HKL selasa lepas, saya cuma sapu ubat yang diberi cuma satu kali. Degilkan saya ni...

Ok.. Selesai cerita sakit gatal saya( nasib baik bukan gatal benda lain). Sejak 2,3 hari ni sakit baru timbul lagi (nampaknya saya ni tak sudah-sudah dengan sakit). Empat jari di tangan kiri saya mula membengkak dan kulit di hujung jari mula menjadi kasar dan pecah-pecah. Yang paling teruk, jari telunjuk di tangan kiri sudah tidak boleh di lipat lagi (ke apa istilahnya?). Boleh sebenarnya tetapi agak menyakitkan. Kenapa boleh jadi begitu? Saya mahu anda yang memberi jawapannya. Selamat berteka-teki di hari Jumaat. Sakit lain hari ini, saya cirit-birit pagi tadi. Tidur tak nyenyak sebab asyik terbangun. Sekarang perut masih terasa agak tidak selesa. Entah apa yang saya makan semalam menyebabkan sakit ni timbul. Moga-moga ia tak berpanjangan. Jumpa anda di pagi Isnin untuk jawapan kepada kuiz sakit bahagian III.
 
Wednesday, September 13, 2006
posted by nile at 11:11 AM
Photobucket - Video and Image Hosting



Jangan ketinggalan mendapatkan majalah komik Blues Selamanya issue 106 yang sedang hangat di pasaran. Nak dapat kan tips bercinta, bersahabat, info filem terbaru, komik sangap, rangup (hahaha), cerpen, renungan, segalanya ada di sini... Selamat membeli dan membaca.... ;=p

p/s: saya menunggu2 coretan si apple.. rindu lak wak.. bila nak hantar lagi? sib baik baik awak dah jadi hosmet saya... leh saya dengar bebelan awak hari2... kakakakah... mekasih banje saya makan semalam... harini, esok, lusa banje lagi eh... hahahaha

 
Monday, September 11, 2006
posted by nile at 10:18 AM
Sabtu lepas saya bersama dengan Jidah ke gathering msjbox. Ini kali pertama saya join gath majbox. Otw ke sana, dalam lrt saya terserempak dengan kawan dari Geng Jurnal, Si Attokz bersama seorang teman. Kalau tak kerana diorang pakai baju Geng Jurnal saya tak mungkin perasan walau pun Si Attokz berwajah seperti novelist kegemaran saya, Faisal Tehrani...hehehe... Saya beranikan diri menegur, (ramah juga saya ni) rupa-rupanya diorg juga dalam perjalanan ke gath msjbox. Tak sangka pulak sebab saya tak berapa mengenali Kaseh walaupun dia juga gejuis. Attokz rupanya temankan Kaseh yang merupakan member msjbox. Jadi kami bersama-samalah ke tempat yang di tuju, Pertama Kompleks.

Kami sampai lebih kurang jam 2.20 petang. Kebetulan tiba sekali dengan CD dan temannya. Kat sana Jun awal-awal dah sampai dengan Sodep. Oleh kerana semua tak nak main, so kitaorg sume turun ke Medan Mara untuk makan sate. Junthank yer belanja sate 100 batang tu.. Kenyang betul kitaorg.. Nak-nak Si Sodep. .. hehehehe... Kak Retna sampai tak lama lepas tu. Menyusur pula Spiral yang kebasahan lenjun dek hujan yang menggila dan Kak Meera. Sate dan air yang kitaorg makan pun tercampur sekali ngan air hujan. CD dan teman balik dulu, lepas tu yang terakhir sampai Ryzdan kawannya. Tak sempat sembang lama-lama, saya mintak beredar sebab dah pukul 6 lebih. Lepas solat asar, saya cari tali gitar (baru beli dah putus.. tulah.. praktis rajin sgt.. kekekeke) kat Pertama Kompleks. Pusing punyer pusing, hampir nak putus asa sebab tak jumpa. Masa nak balik terpandang dari bawah ternampak kat tingkat 3 ada kedai instrumen. Sib baik lah. Lepas tu saya n Jidah balik naik lrt sampai sg.besi dan amik moto kat sana merempit ke Bangi. Mula-mula ingatkan Jidah nak balik terus ke Bangsar. Tapi dia lak merengek2 nak tengok anugerah era. Ikutlah saya balik ke Bangi semula. Malam tu kitaorg, saya , Apple n Jidah pergi tengok AE kat Restoran Maharani Sek.15. Tapi saya keboringan tengok pertunjukan fesyen dan tinggalkan Jidah kat kedai tu sorang-sorang. Padan muka dia...

Itu je lah cite saya hari tu.. Thanks kepada semua kawan-kawan yang datang ke gath. Seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan baru. InsyaAllah umur panjang bertemu lagi.
 
Wednesday, September 06, 2006
posted by nile at 10:09 AM
Pic gathering belum upload sebab saya belum singgah lab kat UKM. Nantilah saya singgah petang2 karang ke. Takpun esok. Saya tengah berdebar-debar ni sebab saya ada buat salah tapi tak nak mengaku. Biarlah... diorang dah leh agak saya rasanya... bukan niat saya .. saya dah tanya sebelum buat, orang kata boleh so saya go on je la.. Tapi sekarang jadi isu lak... biarlah... kalau saya pikir, ketar saya tak kan hilang...

Yang lain2, taraf saya sekarang ialah pelajar sepenuh masa... Keje saya di ATMA dah berakhir jumaat lepas. Kalau saya sambung pun bulan Disember ni masa sem baru. Tapi entah la saya nak sambung ke tak. Saya ingat nak bagi keje ni kat Yalin. Saya sebenarnya tak minat mengajar lah.... Tapi sementara tu, saya ada mintak keje lain kat Putrajaya, kawan saya di Blues yang tolong, thanks ye Sang. Kalau dapat keje tu, meriahla raya saya tahun ni. Hope gitulah.. dah lama tak gembirakan adik2 kat kampung...

Yang lain2 takde dah kot. Cuma saya tengah belajar main gitar sekarang. Saya ingat nak amik kelas kat Yamaha Music. Saya dah tanya ritu, RM80 sebulan, kelas seminggu sekali. Kalau dapat keje saya start la kelas tu. Saya tak larat dah nak belajar sendiri. Jari saya dah berlubang2, merah2 duk tekan fret, petik, strum tapi bunyi lagu tak kuar pun. Apple dah banyak gelakkan saya... heheheh... Awak... nanti saya boleh main, awak tepukkan tangan untuk saya lak yer... tak yah gelak lagi... hehehe...Thanks banyak2 kat adik Izwan yang saya kenal di forum Malayolga dan kawan lama Niki yang banyak bagi galakan dan tunjuk ajar. Saya kena sungguh2 kalau nak belajar. Saya tahu tu, tapi saya rasa perlukan gak tunjuk ajar yang betul at least untuk sebulan dua. K lah... Saya nak jawab tang Ien ni.

Do you like:-

Sunrises or sunsets?
sunsets kot... sebab yang tu yang selalu saya dapat tengok... sunrises tu tak dapat tengok selalu sangat tahu2 jela sebab apa... hehehehe

Suitcases or backpacks?
of course backpacks!!! tu la yang saya dok usung hari2... senang... tak sakit bahu bawak...

Dogs or cats?
dua-dua tak suka... tapi kalau kena pilih gak baik saya pilih kucing...

Roller-coasters or merry-go-rounds?
merry-go-rounds tu apekebenyer yer? hehehe roller-coasters saya dah serik, cam nak mati saya naik... tak nak naik dah... kecut perut saya....

Calls or texts?
call la kot... senang...tapi tu kalau banyak duit la... if money is no object memang saya pilih call... sms susah la.. sakit jari tekan...

Gift vouchers or presents?
ada ke gift vouchers kat mesia ni? ada kot, tapi org jarang buat... hadiah la... senang.. bagi terus dapat....

Pens or pencils?
pen... pencil ni zaman budak2 boleh la... saya dah lama tak beli pensil... pen je. tu pun selalu ilang sebab saya takde pencil case... saya campak je dalam backpack saya tu.. hehehe

saya tak tahu nak sebarkan kat sapa... klah... saya pilih kawan2 blues... hehehehe
1. YaLiN
2. Applephye
3. Akma
4. Pu3
 
Sunday, September 03, 2006
posted by nile at 11:55 AM
Semalam saya ke gath blues ke 2 di ofis MOY.. Ia meninggalkan kesan yang teramat dalam... begitu indah segala yang tercipta... saya belum dapat upload pic... kawan belum bagi... Terima kasih pada penganjur sebab berjaya mendatangkan forumer2 dan penulis2 Blues yang belum pernah menjejakkan kaki ke MOY sebelum ni... Terima kasih pada Abang Rodin sebab masakkan nasi tu... special betul... nakal betul anak abg si Tina tu... lubang hidung saya pun dia nak amik gambo...hahahah... N sapa-sapa yang belanja kek tu.. best la ... Pastu nak ucapkan thanks gak pada Kartunis Pac sebab layan saya mintak ajarkan main gitar... dia pun pening nak mengajo... best la lagu Belaian Jiwa tu.. ingat kat seseorang... Pada semua kawan-kawan yang hadir meriahkan gath, Famia, Mawar (Ika), In, In_ubie, Put3, Rhea, Akma, Annasaze, Peagurz, Dragon, Jidah, Shida (adik Yalin), dan staff BS Brad, Jakalll, Fazrul, n Pac... Inilah dua orang yang akan saya ingat sepanjang kenangan pegi gath dan peristiwa2 yang berlaku selepas gath tu...

Yalin... akhirnya dapat gak jumpa awak... dah lama kita kenal tapi tak pernah jumpa... alhamdulillah impian saya nak jumpa awak tercapai... kelmarin, semalam dan hari ini akan saya kenang sampai bila2... maafkan saya sebab tak tengok kat awak masa dalam bas... saya segan sangat2... kalau saya tengok awak, airmata saya makin laju lak ngalir kan... nanti awak lak yang nangis...hehehe.. itulah saya yalin... terima kasih sebab sudi jadi kawan saya... semoga kita jadi kawan selama-lamanya... seronok dapat sembang ngan awak lama-lama... dapat dengar cerita2 awak... lain kali insyaAllah kita jumpa lagi... tapi ntah bila masa tu akan tiba... melihat awak buatkan saya ingat pada 03... saya akan ingat nasihat2 awak pada saya... moga saya akan kuat... lin.. saya mintak maaf yer kalau ada apa2 kekurangan sepanjang 3 hari awak di rumah saya... saya memang tak reti sangat nak layan tetamu...

Applephye... awak dah jadi hosmet saya sekarang... tak sangka sebab saya minat sangat2 tulisan awak... thanks sebab awak ambik berat pasal diri saya n terima kasih sebab dengar luahan hati saya... awak dah nampak kan cam mana saya kan? kalau awak nak tulis pasal saya tulis lah.. hehehe... awak dah tengok macam mana diri saya bila segala kenangan menerjah ke fikiran saya... dah lama saya tak gitu apple... saya harap biarlah hari ni je saya gitu.. esok lusa saya jadi cam bese... bagi saya awak ni kawan yang terlalu baik.. kita baru kenal tapi saya senang sangat dengan awak... saya akan ingat awak pulas telinga saya semalam... hehehe... awak ni leh jadi kakak saya lah!!!

Kenangan Terindah...

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itupun aku mampu untuk mengenangmu
Darimu kutemukan hidupku

Bagiku kaulah cinta sejati..
Yeah...huuu
( Begitu engkaulah; cinta sejati )

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah