Tuesday, September 19, 2006
posted by nile at 10:37 AM


Perkara Satu

Jawapan untuk kuiz minggu lepas. Maaf sebab tidak menjawabnya semalam. Saya tidak bertandang ke kelas. Rasa malas menyelimuti hati. Ini jawapannya... Tangan saya kesakitan kerana gitar. Selepas seminggu rasa sakit masih belum hilang. Tapi berbaloilah... Paling kurang lagu dealova sudah saya boleh mainkan walau seperti kura-kura berjalan.

Perkara Dua
Saya masih geram yang teramat sangat pada mamat yang bernama ... Saya mengenali mamat ini melalui sms. Dia yang mula-mula menghantar sms untuk berkenalan. Dia mendapat nombor telefon bimbit saya dari resume yang saya tertinggal di kafe siber berhampiran rumah. Orang menghulurkan salam perkenalan. Apa salah saya menyambutnya. Dua hari kami bersms tanpa henti. Hari ke 3 kami bertemu. Dia belanja saya makan. Siap menghantar saya balik dengan menemani saya berjalan kaki sampai ke pintu pagar rumah. Hari seterusnya dia sepi. Saya menghantar beberapa sms bertanya berita. Tapi satu pun tidak dijawabnya. Saya bukan merindu, tapi soalan datang bertalu-talu. Lelaki apakah ini? Apa salahnya berkawan kalau rupa saya dia tidak berkenan? Saya tahu dia hensem tahap superman bila berkaca mata. Dalam sms sibuk bertanya-tanya, andai saya sudah berpunya. Siap mahu menghantar borang untuk jadi peneman. Dan minta saya berterus terang takut putus di tengah jalan. Hampeh betul lelaki ini. Ingat aku suka sangat sama kamu? Entah sudah berapa orang sudah kamu permainkan... Nampak sangat kamu tidak ikhlas bila berkawan.