Monday, September 11, 2006
posted by nile at 10:18 AM
Sabtu lepas saya bersama dengan Jidah ke gathering msjbox. Ini kali pertama saya join gath majbox. Otw ke sana, dalam lrt saya terserempak dengan kawan dari Geng Jurnal, Si Attokz bersama seorang teman. Kalau tak kerana diorang pakai baju Geng Jurnal saya tak mungkin perasan walau pun Si Attokz berwajah seperti novelist kegemaran saya, Faisal Tehrani...hehehe... Saya beranikan diri menegur, (ramah juga saya ni) rupa-rupanya diorg juga dalam perjalanan ke gath msjbox. Tak sangka pulak sebab saya tak berapa mengenali Kaseh walaupun dia juga gejuis. Attokz rupanya temankan Kaseh yang merupakan member msjbox. Jadi kami bersama-samalah ke tempat yang di tuju, Pertama Kompleks.

Kami sampai lebih kurang jam 2.20 petang. Kebetulan tiba sekali dengan CD dan temannya. Kat sana Jun awal-awal dah sampai dengan Sodep. Oleh kerana semua tak nak main, so kitaorg sume turun ke Medan Mara untuk makan sate. Junthank yer belanja sate 100 batang tu.. Kenyang betul kitaorg.. Nak-nak Si Sodep. .. hehehehe... Kak Retna sampai tak lama lepas tu. Menyusur pula Spiral yang kebasahan lenjun dek hujan yang menggila dan Kak Meera. Sate dan air yang kitaorg makan pun tercampur sekali ngan air hujan. CD dan teman balik dulu, lepas tu yang terakhir sampai Ryzdan kawannya. Tak sempat sembang lama-lama, saya mintak beredar sebab dah pukul 6 lebih. Lepas solat asar, saya cari tali gitar (baru beli dah putus.. tulah.. praktis rajin sgt.. kekekeke) kat Pertama Kompleks. Pusing punyer pusing, hampir nak putus asa sebab tak jumpa. Masa nak balik terpandang dari bawah ternampak kat tingkat 3 ada kedai instrumen. Sib baik lah. Lepas tu saya n Jidah balik naik lrt sampai sg.besi dan amik moto kat sana merempit ke Bangi. Mula-mula ingatkan Jidah nak balik terus ke Bangsar. Tapi dia lak merengek2 nak tengok anugerah era. Ikutlah saya balik ke Bangi semula. Malam tu kitaorg, saya , Apple n Jidah pergi tengok AE kat Restoran Maharani Sek.15. Tapi saya keboringan tengok pertunjukan fesyen dan tinggalkan Jidah kat kedai tu sorang-sorang. Padan muka dia...

Itu je lah cite saya hari tu.. Thanks kepada semua kawan-kawan yang datang ke gath. Seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan baru. InsyaAllah umur panjang bertemu lagi.