Friday, September 15, 2006
posted by nile at 9:37 AM
Gatal-gatal di bahagian kura tangan saya beransur sembuh. Semakin sembuh sebelum berjumpa dengan doktor pakar lagi. Tapi saya pergi juga Selasa lepas ke HKL untuk kepastian. Hasilnya saya hampir-hampir pasti apa yang menjadi punca kulit di kura tangan saya memutih dan berkudis akibat kegatalan. Beberapa bulan lepas sebelum sakit ini timbul, saya ada memakai satu cologne sebagai pengganti perfume yang saya pakai sebelum ini. Cologne ini dalam bentuk gel, jadi untuk memakainya saya harus tuang di tapak tangan dan saya sapukan di bahagian yang di kehendaki. Saya bukan hanya menyapu di bahagian tangan tetapi juga di leher tetapi mengapa kegatalan tu hanya timbul di kura tangan? Jawapan itu saya perolehi Selasa lepas. Saya bermotosikal tanpa memakai sarung tangan. Cahaya matahari yang singgah secara langsung pada tangan saya menyebabkan hal ini berlaku.

Sebelum tu saya ada menggunakan ubat sapu yang diberikan oleh doktor, tetapi tak memberikan apa-apa kesan langsung. Sejak saya tidak menggunakan lagi produk ini hampir sebulan dah, saya perasan tangan saya semakin sembuh.Itulah kisahnya. Doktor berbangsa India itu mengesyorkan saya memakai sarung tangan apabila menunggang motor. Tapi saya tetap tak memakainya sampai hari ini. Dan sejak balik dari HKL selasa lepas, saya cuma sapu ubat yang diberi cuma satu kali. Degilkan saya ni...

Ok.. Selesai cerita sakit gatal saya( nasib baik bukan gatal benda lain). Sejak 2,3 hari ni sakit baru timbul lagi (nampaknya saya ni tak sudah-sudah dengan sakit). Empat jari di tangan kiri saya mula membengkak dan kulit di hujung jari mula menjadi kasar dan pecah-pecah. Yang paling teruk, jari telunjuk di tangan kiri sudah tidak boleh di lipat lagi (ke apa istilahnya?). Boleh sebenarnya tetapi agak menyakitkan. Kenapa boleh jadi begitu? Saya mahu anda yang memberi jawapannya. Selamat berteka-teki di hari Jumaat. Sakit lain hari ini, saya cirit-birit pagi tadi. Tidur tak nyenyak sebab asyik terbangun. Sekarang perut masih terasa agak tidak selesa. Entah apa yang saya makan semalam menyebabkan sakit ni timbul. Moga-moga ia tak berpanjangan. Jumpa anda di pagi Isnin untuk jawapan kepada kuiz sakit bahagian III.