Friday, September 22, 2006
posted by nile at 9:57 AM
Nampaknya badan saya lemah sekali lagi. Fikiran saya agak rungsing sekarang. Banyak perkara yang saya perlu fikirkan. Kadang-kadang bila peluang diberi, saya pula yang tidak mampu membuat keputusan. Temuduga semalam berjalan dengan lancar. Bermula dengan sedikit penerangan ringkas, ujian IQ, matematik dan juga soalan mengenai bidang kerja dan akhirnya temuduga. Saya orang yang terakhir dan yang paling singkat. Tidak sampai 10 minit rasanya. Keputusannya.... " Saya sudah lihat latar belakang kamu, bagi saya tiada masalah tapi..." Tapi apa? Jawapan kepada 'tapi' itu saya perolehi hari ini. Penemuduga meminta saya menghubunginya hari ini untuk jawapan kepada 'tapi' itu. Tapi saya pula yang berbelah bahagi sekarang. Entahlah, antara menerima atau tidak, saya berikan jawapannya isnin ini. Tapi ia juga bergantung kepada pihak di sana.