Saturday, September 23, 2006
posted by nile at 7:16 PM
Ini yang terakhir... Saya telah menghubungi pihak di sana semalam dan jawapannya adalah saya menolak. Sebabnya.... "biar aku saja yang tahu"... Saya bukan memilih tetapi bagi saya itu adalah yang terbaik untuk saya. Mungkin sudah tiba masanya saya mencari kerja dengan kelayakan saya yang sebenar. Saya hendak mencari kerja sebagai pensyarah kerana saya sudah habiskan masa saya 3 tahun (mungkin akan menghampiri 4 tahun) untuk ijazah sarjana saya. Kalau tidak pun sebagai penyelidik. Dan semua ini buat saya sedar dari lamunan. Sudah terlalu lama saya terlena sebenarnya hanya kerana takut menghadiri sesi temuduga. Dan janji saya selepas ini, saya akan mencari kerja secara ekstrem selepas saat ini. Janji juga akan tinggal janji kalau saya masih tidak bangkit.