Wednesday, September 20, 2006
posted by nile at 12:42 PM
Badan saya lemah sekarang. Agak lemah kerana takut menghadapi hari esok. Temuduga perkara yang paling saya takuti (Allah tetap yang utama). Baru pagi tadi saya saja-saja memohon jawatan ini, Product Design Engineer. Tak lama kemudian, saya menerima sms supaya menyemak emel bagi jemputan menghadiri temuduga ini. Tarikh 21 September 2006, iaitu esok. Awalnya... tapi saya akan cuba. Tempatnya di Seksyen 13 Shah Alam. Entah bagaimana saya hendak ke sana. Kebetulan si Apple juga akan menghadiri temuduga cikgunya di Politeknik Shah Alam. Mungkin saya boleh menumpangnya. Saya tak tahu samaada saya cukup bersedia untuk pergi. Saya tidak mengharap untuk berjaya tapi saya hanya pergi untuk mencari pengalaman menghadiri temuduga. Jadi kenapa saya perlu bimbang kan? Saya harap esok saya tidak tergagap-gagap seperti biasa. Doakan saya. Kalau berjaya alhmadulillah. Dapat saya mencuba bidang baru. 6 bulan pertama saya akan diberi latihan. Tapi kalau tidak berjaya, tidak mengapa. Saya masih ada target lain untuk masa depan saya.