Wednesday, October 18, 2006
posted by nile at 10:05 AM
Selamat hari raya buat semua... Di kesempatan ini, saya nak mintak maaf banyak-banyak pada sapa-sapa yang saya ada salah dengan mereka... Moga kalian boleh maafkan saya... Semoga hari raya kali ini, jadi hari raya yang lebih baik dari yang lepas-lepas. Esok pagi saya balik kampung. Mula-mula ingat nak balik sabtu ni tumpang kete kawan tapi tak jadi sebab dia balik lambat sangat sabtu petang. So semalam saya cari tiket, sib baik dapat. Bukan tiket tambahan pun. Yelah sebab saya balik awal pagi khamis mesti ada lagi tiket. Jadi selamat beraya yer semua. Doakan perjalanan saya selamat pergi dan balik. Saya doakan perjalanan kawan-kawan semua pun sama. Semoga bergembira di hari raya 1427 H ni... Salam Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin...

Ni resepi Laksa Penang... selamat mencuba...

Laksa (wajib neh)

Untuk Kuah (dalam 15 orang makan):
15-20 tangkai cili kering (ikut selera kepedasan masing2)
10 bwg merah
5 bwg putih
belacan
1 kilo ekor ikan sardin (bukan dalam tin tu yer, org terengganu panggil ikan selayang. Nak lagi pekat tambah lagi ikan)
daun kesum
bunga kantan
garam
5-8 kpg asam keping

Ulam:
timun
salad
cili merah
limau nipis
nenas


caranya:
Rebus ikan dan amik isi ikan kemudian kisar bersama-sama dengan bawang dan cili kering. Air rebusan ikan tadi jangan dibuang tetapi biarkan sahaja di dalam peruk tersebut. Bahan2 yg dikisar tadi kemudian dimasukkan ke dalam periuk yang berisi air rebusan ikan. Jika suka, tulang-tulang ikan juga boleh dikisar dan tapis tulang-tulang yang hancur dan masukkan hasil kisaran tadi ke dalam periuk. Selepas itu masukkan daun kesum, bunga kantan, belacan, asam keping dan garam secukup rasa.
Dah siap... Sedia untuk dihidang... Senang je kan... Ulam-ulam tu pandai2 la potong sendiri eh... hehehe

p/s: di saat segalanya pergi, saya ketemu apa yang saya inginkan.... Terima Tuhan atas ketenangan ini...
 
Friday, October 13, 2006
posted by nile at 12:02 PM
Photobucket - Video and Image Hosting


Hari ni saya nak buat laksa penang. Ini janji saya pada hosmet semalam yang kebetulan terasa sangat nak makan laksa. Lagipun semalam masa berbuka ada sorang kakak tu beli laksa penang. Best gak laksa dia. Saya cakap, laksa yang saya buat best macam tu gak. Sebenarnya saya dah janji kat hosmet dari minggu lepas lagi, kalau gaji masuk saya nak buatkan laksa. Gaji saya keje kat atma tu yang bulan 8 belum masuk pun. Tapi takpelah demi diorang yang kepingin sangat makan laksa penang tu saya akan buatkan jugak hari ni. Diorang dah cakap semalam, kalau tak buat nanti diorang pelankong saya dengan alu lesung. Diorang cakap kat umah ada dua lesung, so dua pelankong lah kena saya nanti. Untuk lebih menakutkan saya supaya saya buat jugak laksa penang ni, diorang akan sms saya setiap 1 jam untuk pastikan saya buat jugak laksa penang ni. Tapi ada sorang tu kata taknak sms lah sebab kredit habis nanti. Yang pastinya alu lesung menanti saya di rumah nanti. Jadi saya nak balik dululah. Saya datang kelas ni kejap je sebab saya pinjam blender ngan kakak yang keje kat sini. Ni semata-mata untuk hosmet ku yang tersayang. kalau tak sedap jangan salahkan saya sebab saya puasa tak leh rasa. Tapi kalau hari-hari biasa saya boleh jamin, laksa penang saya memang sedap sangat3.. (perasan jap... hehehehe)

p/s: Dah 4 tahun saya buat laksa penang setiap hari raya kedua.. Sapa-sapa yang tinggal kat2 umah saya tu kat Marang nuuu jemputlah ke rumah... Raya kedua tau.. bukan rini...
 
Tuesday, October 03, 2006
posted by nile at 2:08 PM
Photobucket - Video and Image Hosting


Pic tak senonoh kat atas tu tak berkaitan dengan entry.. hehehe.. Banyak perkara tak terjangka 3,4 hari ni. Entah susah nak cakap. Tapi hidup mesti diteruskan seperti biasa. Saya pun malas nak fikir perkara remeh-temeh... Itu jelah kot nak update.. hehehe... Satu lagi, sekarang sebagai tambahan apa yang dah saya belajar, saya amik satu lagi kelas english di UKM. Kelas ni setiap sabtu dan ahad. Trainer dari US dan UK yang ajar, nama dia Bryan n Helen Brown. Baik dan kelakar orangnya. Best sangat dapat join kelas ni. Thanks to Boss yang rekemen kelas ni pada saya. saya nak sambung tengok tv ni... cite bawang putih bawang merah ... Rasa nak sepak mak tiri si bawang putih ni... jahat nak mampus... sib baik mak tiri saya tak lak sejahat tu.. tapi boleh tahan la.. hahaha

p/s: kenapa manusia melihat kesilapan semalam sebagai penghalang untuk menerima kebaikan hari ini? maafkan saya pada semua-semua insan yang pernah saya sakiti dan yang pernah saya lakukan kesilapan.. maafkan saya...