Wednesday, October 18, 2006
posted by nile at 10:05 AM
Selamat hari raya buat semua... Di kesempatan ini, saya nak mintak maaf banyak-banyak pada sapa-sapa yang saya ada salah dengan mereka... Moga kalian boleh maafkan saya... Semoga hari raya kali ini, jadi hari raya yang lebih baik dari yang lepas-lepas. Esok pagi saya balik kampung. Mula-mula ingat nak balik sabtu ni tumpang kete kawan tapi tak jadi sebab dia balik lambat sangat sabtu petang. So semalam saya cari tiket, sib baik dapat. Bukan tiket tambahan pun. Yelah sebab saya balik awal pagi khamis mesti ada lagi tiket. Jadi selamat beraya yer semua. Doakan perjalanan saya selamat pergi dan balik. Saya doakan perjalanan kawan-kawan semua pun sama. Semoga bergembira di hari raya 1427 H ni... Salam Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin...

Ni resepi Laksa Penang... selamat mencuba...

Laksa (wajib neh)

Untuk Kuah (dalam 15 orang makan):
15-20 tangkai cili kering (ikut selera kepedasan masing2)
10 bwg merah
5 bwg putih
belacan
1 kilo ekor ikan sardin (bukan dalam tin tu yer, org terengganu panggil ikan selayang. Nak lagi pekat tambah lagi ikan)
daun kesum
bunga kantan
garam
5-8 kpg asam keping

Ulam:
timun
salad
cili merah
limau nipis
nenas


caranya:
Rebus ikan dan amik isi ikan kemudian kisar bersama-sama dengan bawang dan cili kering. Air rebusan ikan tadi jangan dibuang tetapi biarkan sahaja di dalam peruk tersebut. Bahan2 yg dikisar tadi kemudian dimasukkan ke dalam periuk yang berisi air rebusan ikan. Jika suka, tulang-tulang ikan juga boleh dikisar dan tapis tulang-tulang yang hancur dan masukkan hasil kisaran tadi ke dalam periuk. Selepas itu masukkan daun kesum, bunga kantan, belacan, asam keping dan garam secukup rasa.
Dah siap... Sedia untuk dihidang... Senang je kan... Ulam-ulam tu pandai2 la potong sendiri eh... hehehe

p/s: di saat segalanya pergi, saya ketemu apa yang saya inginkan.... Terima Tuhan atas ketenangan ini...