Tuesday, August 29, 2006
posted by nile at 9:03 AM
Photobucket - Video and Image Hosting


Semalam saya telah melakukan perkara di luar kebiasaan orang. hehehe... Saya ke HKL semalam untuk dapatkan rawatan berkenaan sakit gatal-gatal yang agak mengerikan di kura tangan (atau di bahagian atas tapak tangan..istilah ini saya perolehi dari buku Tunggu Teduh Dulu :D. Saya tiba di HKL lebih kurang jam 5.15 pagi. hahaha... Awal kan... Terpaksalah melepak sambil baca buku Tunggu Teduh Dulu dan bila mengantuk saya tidur di kerusi di tempat menunggu wad kecemasan. Rupanya agak ramai orang di sana pada waktu-waktu begini. Saya terpaksa juga ke sana sebab ia bertambah teruk. Saya sudah ke klinik biasa tetapi ubat yang diberikan tidak berkesan langsung. Saya kena datang balik ke HKL 12hb Sept ni untuk jumpa doktor pakar. Sedih gak semalam sebab langsung tak diberikan ubat sementara menunggu tarikh tu. Dah la malam-malam sekarang ada masa saya susah hendak tidur kerana terlalu gatal. Saya tak nak menulis banyak sebab saya cuma nak masukkan entry yang saya dah siapkan hampir 2 bulan lepas yang berkaitan dengan sakit ini tapi tak terpublish.

-2hb Julai lepas bermula pendaftaran pelajar-pelajar di semua universiti di seluruh Malaysia. Dan sekarang semua mahasiswa sedang mengalami mimpi ngeri mereka dalam minggu orientasi yang berlangsung selama kira-kira satu minggu. Saya juga pernah alaminya dahulu. Saya masih ingat tarikh saya mendaftarkan diri di UKM 6 tahun lalu pada 20 Mei 2000. Minggu orientasilah minggu yang akan saya kenang sehingga kerana salah satu penyakit saya yang masih saya deritai sehingga hari ini bermula dalam minggu ini. Minggu orientasi adalah minggu tidak cukup tidur (tahu-tahu sajalah yang tidur itu adalah hobi saya), minggu kepenatan, minggu kaki saya melecet (berjalan kaki ke DECTAR dari kolej jin bertendang Keris Mas untuk program menjerit, melolong,bersorak dan bergaduh dengan kolej lain), dan minggu menguruskan badan. Dan yang paling penting ia adalah minggu di mana penyakit saya yang alah kepada besi bermula dari minggu ini.


Alahan saya pada besi bermula dengan alahnya saya pada kerongsang. Bagi yang bertudung, hampir 16 jam menghabiskan masa dengan bertudung dalam keadaan yang berpeluh-peluh dalam program-program yang harus diisi dalam minggu orientasi mungkin memberikan kesan pada kulit yang sensitif. Mungkin... sebenarnya ini adalah hipotesis yang saya buat sendiri sewaktu saya mendapat penyakit ini di akhir-akhir minggu orientasi. Dan kesannya, selepas 6 tahun penyakit ini masih belum reda. Bermacam-macam kaedah yang saya gunakan untuk mengatasi penyakit ini. Antara idea saya yang pernah ditiru orang adalah menampal medical plaster pada bahagian leher. Selain itu saya juga pernah menjahit semua tudung-tudung saya, so saya tak perlu pakai kerongsang lagi. Tapi itu kerja yang agak menyusahkan. Dan ia biasanya tak bertahan lama. Kini, saya bergantung pada krim ECONAZINE. Krim ini sebenarnya baru saja saya guna dalam setahun setengah yang lepas selepas di cadangkan oleh seorang sahabat bila saya mengalami alahan yang sama tapi dibahagian yang berlainan (saya masih menyimpan packnya-seperti di dalam gambar). Dan yang terbaru krim ini dihadiahkan oleh boss saya yang baik hati (pack yang masih gemuk). Dan hasilnya amat meyakinkan. Kulit saya dibahagian terkena kerongsang tidak seteruk dulu. Tapi saya masih bergantung pada krim ini untuk mengelakkan alahan berulang.


Econazine adalah krim antifungal yang mempunyai bahan aktif utama iaitu econazole nitrate. Bagi orang kimia seperti saya, bahan-bahan seperti ini menarik perhatian untuk dikaji dengan lebih lanjut. Saya pasti semua orang tahu nitrate kan? nitrate atau nitrat berformula NO3 merupakan antara sumber utama dalam baja. Tapi itu tidak penting, yang utama adalah bagaimana econazole nitrate bertindak balas dengan alahan saya. Krim ini bertindak balas dengan dengan merencatkan penghasilan bahan kimia yang dipanggil ergosterol yang merupakan komponen dalam membran sel fungal. Yang pasti alahan saya disebabkan oleh jangkitan fungal pada kulit saya. Maklumat lanjut boleh dibaca di sini. Apa kaitannya dengan kehadiran besi seperti jam, kerongsang, tali pinggang dengan alahan ini saya tidak pasti. Mungkin orang biologi menerangkannya dengan lebih lanjut (saya bersekolah di aliran teknik, masih terlalu banyak istilah dan apa-apa mengenai biologi yang tidak difahami). Saya akan cuba mencari lagi maklumat-maklumat yang berkaitan dengannya untuk entry akan datang. Yang merungsingkan saya, sejak 2 bulan yang lalu alahan yang lebih kurang sama telah berjangkit pula pada bahagian yang tidak berkaitan sedikit pun dengan besi iaitu pada tangan saya. Gatal-gatal pada bahagian di atas tapak tangan (kura tangan), menyebabkan kulit tangan saya kelihatan sedikit mengerikan. Sebenarnya saya sendiri kurang pasti adakah ia juga disebabkan oleh jangkitan fungal. Kini saya lebih banyak menggunakan krim ini pada bahagian tangan berbanding pada bahagian alahan kerongsang saya. Tapi hasilnya tidak sebaik seperti yang saya gunakan pada bahagian yang alah dengan besi. Saya berharap penggunaan mandian berubat seperti dettol dan protex boleh merencatkan penyakit ini selain daripada penggunaan krim econazine. Harap-harapnya begitulah.

P/s: siapa ada idea yang lebih baik? Jumpa doc, ooo…mungkin…mungkin tidak.. Itu susah sket. sakit belakang pun saya tak pegi, inikan pula sekadar gatal-gatal… hehehe


---tapi akhirnya saya pegi juga jumpa doktor kan...? :D
 
Wednesday, August 23, 2006
posted by nile at 1:35 PM
Photobucket - Video and Image Hosting

Saya tengah membaca novel ini sekarang, 'Tunggu Teduh Dulu' karya Faisal Tehrani(baca sampai habis kerana saya bukannya sedang mengulas novel), yang saya pinjam milik seorang kawan yang membuatkan saya kagum kerana rumahnya ibarat perpustakaan mini dan kerana dia juga boleh mengingat satu bait ayat yang cukup panjang bagi saya dari sebuah cerpen yang pernah dia baca dalam tekaan saya sudah berbelas-belas tahun lamanya berlalu. Faisal Tehrani... nama yang unik dan senang diingati antara novelis yang saya kagumi. Novel karyanya yang pertama saya baca adalah 1515. Sebelum itu saya mula mengenali tulisannya melalui artikel yang keluar saban isu di satu majalah yang saya langgan tidak lama dulu. Lupa pula saya tajuknya kerana majalah itu sudah tiada di pasaran lagi kini. Tapi saya masih ingat antara isu kesayangan saya ialah apabila Nurul Izzah Anwar Ibrahim menjadi gadis penghias muka. Sudah terlalu lama, seingat saya tahun 1999. Saat politik negara bergolak kencang ibarat tsunami menerjah radang memusnahkan keindahan di seluruh alam ciptaan Tuhan Yang Maha Penyayang (hahaha.. saja meniru gaya Faisal menulis, tapi tak cukup berbunga lagi). Macam mana entah saya boleh lupa tajuknya. Mungkin kerana tajuknya di dalam bahasa arab. Nampaknya, saya betul-betul perlukan ginko biloba. Tak gitu Boss? Sangat teruja dengan gaya olahan ceritera Faisal terutamanya dalam 1515. Nampaknya keterujaan saya terhadap novel bercambah semula setelah sekian lama. Tunggu Teduh Dulu adalah sebuah novel yang terlalu tebal untuk si pemalas membaca seperti saya ini. 678 muka surat, lebih kurang 3 biji novel biasa yang terdapat di pasaran. Sekarang saya di mukasurat 284. Cukup laju mungkin bagi saya untuk tempoh 2 hari kerana ia di dorong dengan keselambaan saya membaca di dalam makmal pagi tadi tanpa menjalankan rutin biasa berlegar-legar melihat pelajar-pelajar saya melakukan eksperimen (hehehe.. jumaat ni buat lagi)

Apa yang saya suka tentang novel ini ialah jalan cerita yang memanggil-manggil saya untuk terus menyambung pembacaan. Pertama kali mata saya terpaku pada tulisan Bank Pertanian yang disebut dalamnya, keterujaan saya meningkat ke tahap maksima. Apatah lagi dua watak utama, sahabat baik Salsabila dan Teh Sofia bersama-sama mengusahakan tanaman betik dengan mendapatkan bantuan kewangan di bawah satu skim anjuran Bank Pertanian iaitu dari Tabung Untuk Makanan. Apa ironinya Bank Pertanian ini? Sebenarnya saya sedang berkira-kira untuk menghantar borang bagi memasuki satu skim anjuran kerajaan tetapi di selenggarakan di bawah Bank Pertanian iaitu Skim Usahawan Tani Komersial Siswazah (SUTKS). Novel ini benar-benar meniupkan semangat kepada saya untuk merealisasikan impian yang tiba-tiba terbit hampir sebulan yang lepas. Apatah lagi bila saya balik ke Terengganu baru-baru ini, seorang kawan lama juga bercerita mengenai perkara ini sehingga mendorong saya untuk menghubungi En. Jamadin, pengurus Bank Pertanian cawangan Dungun untuk bertanya serba sedikit tentang skim ini. Keazaman juga semakin membara apabila kakak saya sudah menyatakan kesediaannya untuk menanam modal dengan menjadi sleeping partner. Sebenarnya sudah bertahun-tahun dia mengajak saya membuka bisnes bersamanya tetapi keadaan saya yang masih belum mempunyai pekerjaan tetap mematahkan hasrat itu. Dan juga dari rakan chat baru yang mempunyai minat yang sama di mana dengan dialah saya berkongsi keterujaan saya untuk memasuki skim ini.

Saya bukan ingin bercerita mengenai novel ini sebenarnya. Tetapi kesan novel ini pada diri saya. Ia ibarat satu asas yang baik kerana pendetailan yang diberikan di setiap muka surat tentang aspek penanaman dan penjagaan betik yang diselang-selikan dengan kisah cinta sebagai penyedap cerita. Hinggakan sampai pada suatu ketika saya hampir berkira-kira untuk menukar impian saya menanam cendawan kepada betik kerana pengaruh tulisannya. Selain itu, perkaitannya tentang hal ini dengan kisah semalam di kelas bahasa inggeris bersama trainer baru yang pernah saya ceritakan di sini dulu. Beliau kini akan mengajar kami secara tetap untuk sesi pagi. Sesi takruf bermula di mana di situlah kisah cendawan saya kembali menjadi perbualan setelah saya bercuti panjang. Beliau memberikan galakan yang cukup baik. Dan juga mencadangkan saya beberapa cara sebelum terjun secara sepenuh masa ke bidang ini. Suatu idea yang kadang-kadang bagi saya nampak seperti tidak realistik tetapi saya perlu belajar untuk menjadi lebih optimistik. Banyak perkara juga yang saya ingin berkongsi dengan beliau tetapi ia tersekat kerana penguasaan bahasa inggeris saya yang lemah. Di dalam kelasnya tiada bahasa melayu, itu syarat utama. Tapi sesi itu cukup untuk membuatkan keyakinan, semangat, dan keghairahan saya untuk memcuba nasib di dalam bidang baru ini melonjak tinggi. Cuma satu, segalanya bergantung kepada permohonan. Andai tidak berjaya, ia hanya akan tinggal angan-angan. Itu biasalah... tidak semua impian menjadi kenyataan. Tapi jangan akur dengan kegagalan. Tanpa kegagalan manusia tidak akan tahu erti kesusahan. Hidup memang penuh dengan cabaran dan dugaan.

Tunggu teduh dulu. Moga selepas itu akan ada sinar terang, menunjukkan saya jalan, melunaskan segala harapan, agar impian jadi kenyataan. Doakan untuk saya kawan-kawan
 
Tuesday, August 22, 2006
posted by nile at 4:19 PM
Photobucket - Video and Image Hosting
>>kimi... rindunya kat budak comel ni...

Photobucket - Video and Image Hosting
>>baby chubby ni..geram tgk..mesti syahirah tgh tido kan... pe la mama tgh buat sorang2 kat umah tu...

Photobucket - Video and Image Hosting
>>pic kenangan wif si kuyu.. jidah...

Rindu kat baby la... huhuhu... Nak ucap thanks kat jidah sebab tolong jaga baby ritu... Lagi satu maaf yer atas segala kekurangan layanan sebagai tetamu... Sori la sebab tak bawak jalan2 sangat kat Terengganu. Hajat dia nak tengok Faizal AF4 nyanyi masa perasmian bulan kemerdekaan pun tak kesampaian sebab kete ada orang pinjam. Lagi satu sebab gaji I belum masuk... tak leh nak jalan2 maa... Paka ngan K.Trg jauh maa.. Masa gi K.TRg ari khamis tu pun lupa lak nak pinjam henpon kakak..leh gak amik pic tgh jalan... masa gi pantai kat Paka pun tak bawak.. Takde kenangan sangat.. Gara2 tiket habis terpaksa la dia melepak lama2 kat umah kakak... 5 hari tu... Boring gak tgk muka dia... hahahah... pe2 pun terima kasih sebab sudi bertandang ke Paka walaupun tidak dijemput... kakakaka...
 
Monday, August 21, 2006
posted by nile at 12:39 PM
Photobucket - Video and Image Hosting
>>ni la baby girl kakak saya... nur shahirah namanya...

Photobucket - Video and Image Hosting
>>bila dukung je terus lentok..hehehhe...

Photobucket - Video and Image Hosting
>>ngan abang long dia... suka sgt dapat dukong...

Photobucket - Video and Image Hosting
>>shahirah ngan abang long n abang ngah dia...

Photobucket - Video and Image Hosting
>>saya ngan anak2 buah...along, kimi n syakir

Photobucket - Video and Image Hosting
>>ni pun anak buah.. kimi raikonen... kakaka... hakimi tapi saya panggil kimi raikonen... comel kan? putih melepak... dagu pun belah...

Photobucket - Video and Image Hosting
>>saya ngan kimi.. kimi ni baru 6 bulan... leh la kawan ngan shahirah nanti..tgk rambut dia.. rambut trojan.. ni jidah punyer keje...


Photobucket - Video and Image Hosting
>>shahirah ngan sepupu dia kimi...


Masih banyak lagi pic.. kalau boleh nak letak sume.. tapi ada mslh nak upload lak.. nanti la saya update lagi... Kenangan 2 minggu kat Paka... Pagi tadi saya selamat sampai di bangi... sekarang kena start keje n kelas balik.. dah lama tinggal... Takde pe dah nak cakap.. cuma... saya buat sume kawan2.. saya mintak kalian doakan sahabat saya Anga... semoga dia cepat sihat... Nile doakan anga cepat2 sembuh....
 
Sunday, August 20, 2006
posted by nile at 3:08 PM
malam ni saya balik KL... dah 2 minggu saya kat terengganu.. saya ingat nak jumpa seseorang bila balik KL nanti tapi semalam saya dapat tahu dia sakit.. masuk wad.. saya harap dia cepat sihat... okes sume!!!!!!!! saya balik dulu... esok saya nak tgk siti kawin lak.. heheheh
 
Tuesday, August 15, 2006
posted by nile at 9:41 AM
Photobucket - Video and Image Hosting


Buat Sahabat....
Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang ke 24....
Saya mendoakan kebahagiaan dan keceriaan menjadi milik kamu selamanya...
Lupakan kenangan sedih kerana ia menyesakkan dada...
Senyumlah Sahabat....
Kerana senyum itu pengubat jiwa luka...
Saya sangat sayangkan kamu...
Dan saya ingin sangat2 kamu gembira...
Jaga diri baik2...


p/s: saya sedih juga di hari ulangtahun kelahiran saya yang ke 25 pada 21 jun lepas... tapi... kesedihan itu juga yang buat saya semakin kuat... saya harap... tindakan saya kali ini tak salah...




 
Monday, August 14, 2006
posted by nile at 2:06 PM
Saya dah sihat... alhamdulillah... cuma saki baki tu masih belum hilang sket je lagi... hehehe.. Saya tak de pe2 yang menarik nak tulis sebenarnya. Saya datang cc ni pun sebab nak tuliskan sesuatu untuk sahabat saya. Saya pun tak tahu nak tulis apa.. hehehe... Saya baru balik dari bandaraya Dungun (bandaraya? hahaha.. kenangan dari ***) ni beli tiket bas untuk budak kuyu tu. Alang2 cari tiket untuk dia saya beli tiket saya sekali. Saya ingat nak balik awal ke KL tapi terpaksa la balik lambat sebab tiket budak kuyu tu habis. Tiket pegi Bangi pun habis, saya akan stop di KL kali ni. Kena la balik naik komuter ke Bangi... Esok hari ulangtahun kelahiran seorang sahabat saya... Saya harapkan kegembiraan, keceriaan dan kebahagiaan itu jadi miliknya sentiasa. Tahun ni saya jauh kat Terengganu... Terkilan gak sebenarnya... tapi terpaksalah sebab kakak saya perlukan pertolongan saya... Saya pun tak sempat beli apa2 lagi untuk dia sebab tengah kering kontang... Gaji saya lak masuk kat Bank Muamalat.. Tu pun kalau dah masuk.. kad atm takde.. cawangan terdekat kat K.Trg lak tu.. adus.. sengal betul la bank ni... tu lah sapa suruh masuk kat bank tu... InsyaAllah kita jumpa bila saya balik KL. Saya pun tak tahu nak kata apa lagi... Esok la saya update lagi... Saya cuma nak cakap satu lagi... saya rindu sangat3 kat dia... saya harap dia gembira malam ni....

p/s: saya harap saya takde tersilap cakap....
 
Thursday, August 10, 2006
posted by nile at 12:57 PM
Tak tahu nak tulis apa... Selsema saya tak seajaib dulu... hehehe... Makan ubat tak kurang gak... Tapi sekarang dah ok... Saya rindu kat internet la... Pegi la cari cc kat Paka ni. Boring gak dok umah kakak... Duk layan AF yang diulang2 berpuluh2 kali. Konsert final tu dah baper kali saya khatam. Nak jumpa junior masa skolah dulu. Dia duk kat Dungun dalam 15 minit dari Paka. Tapi belum juga berkesempatan sebab dia sibuk sket. Mungkin weekend ni kot. Rutin harian saya di sini sama je. Pagi2 bangun hantar anak2 sedara pegi skolah. Tengahari amik la. Ituje lah.. Ringan je keje. Kakak saya belum larat kot nak bawak kereta. Lepas 2 minggu ok la tu. Saya belum saya nak save pic anak sedara saya yang baru lahir tu. Nama dia Nur Shahirah. Merah betul dia. Dia putih sebenarnya.. Tapi kalau sejuk panas sket... atau dia nangis.. mesti merah kulit dia. Pastu kan.. dia ada tanda lahir kat betis... Besar tau! hehehe... nanti la saya amik pic... Nak kena amik banyak2 sebab nak save kat kedai burn cd dah RM5... Oklah.. jumpa lagi.. heheheh
 
Friday, August 04, 2006
posted by nile at 1:48 PM
Sejak semalam hidung saya mula berair2... Mungkin saya akan selsema. Dulu kalau saya selsema saya biarkan sahaja.. Satu2nya sakit yang saya akan pergi klinik adalah sakit gigi... Tapi khamis lepas saya ke klinik kerana tangan saya dah semakin teruk... Gatalnya dah tak tertahan lagi. Kalau tak kerana kulit tangan saya buruk kerana menggerutu dan berkudis saya pasti tak ke klinik. Lagipun semua orang desak saya ke klinik... Akhirnya saya pergi juga. Sekarang saya selsema. Saya mungkin takkan pegi ke klinik. Sebabnya... 2 bulan lepas saya selsema juga. Oleh kerana waktu tu saya perlu berjalan jauh dan perlu memandu saya mintak kakak saya belikan ubat selsema. Dia amik ubat tu di klinik panelnya. Saya makan sehari je terus baik. Sebelum ini tak mungkin selsema saya hilang secepat itu. Paling kurang seminggu. Ia bermula dengan hidung berair, batuk, berhingus, hilang suara dan akhirnya baru sembuh. Tapi ajaibnya sehari terus baik. Yelah sebelum ni saya biarkan je.. mana pernah makan ubat walau pun hanya sekadar panadol kecuali la dipaksa.. hehehe.. Jadi sekarang saya takkan ke klinik sebab ubat dulu masih ada. Kebetulan saya hendak berjalan jauh kerana hendak balik kampung lusa. Saya takut dalam bas selsema saya semakin teruk kerana sejuk.


Ini kisah saya sabtu lepas... Saya terketar2 kerana terlalu gembira...giler betul... rasa nak melompat2 pun ada.. nak menjerit2 pun ada.. sampai ada budak tu dah takut tengok saya.. Jangan bimbang.. saya belum jadi Al Majnum lagi... selain tu perasaan takut itu juga kadang2 datang melanda... ni semua gara2 blues selamanya isu 103... Buat 03... maafkan saya andai ia melukakan hatimu... dan jujurnya saya telah berhenti berharap pada kamu... yang penting saya harap kamu bahagia... dan jujurnya lagi... saya masih ingin kamu jadi sahabat saya... sahabat saya di jalanNYA... saya akan tunggu hingga hati kamu terbuka untuk menerima saya kembali... mungkin saya gila... tapi itulah saya... gila saya kini bukan gila seperti dulu... itu bezanya... cukuplah dulu saya gila kerana sahabat... cukuplah airmata saya setiap hari mengalir kerana sahabat.. hati saya sakit kerana sahabat... cukuplah saya merempit laju2 kerana sahabat... cukuplah saya berkurung di dalam bilik yang gelap sehari semalam kerana sahabat... cukuplah saya gadaikan seluruh masa depan saya kerana sahabat... cukuplah... cukuplah... cukuplah... saya tidak bencikan sahabat2 saya... saya masih menyayangi mereka... tapi jalan kami kini berbeza... saya nak bersahabat keranaNYA... itu bezanya... saya menunggu kamu keranaNYA... itu bezanya... kalau saya gila pun biarlah saya gila keranaNYA... itu bezanya... saya tahu saya tidak sama dengan dia... tidak seistimewa dia... itu bezanya... tapi saya tidak mampu melupakan kamu... kebaikan kamu... gelak tawa kamu... keihlasan kamu... persahabatan kita... maafkan saya...


p/s: saya akan balik kampung selama 2 minggu untuk menjaga kakak yang baru mendapat baby girl 29hb Julai baru ni.. jumpa kawan-kawan semua selepas 16hb...
 
Thursday, August 03, 2006
posted by nile at 10:00 AM
Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting
Semalam dan kelmarin 2 hari berturut-turut motor saya rosak lagi... Baru nak merasa duit claim gaji bulan Jun RM300 tu, habis lagi sekali. Tensen betul... Saya terus sms kakak kesayangan kat Paka tu. Saya kata nak pinjam motor abang ipar sebab motor saya ni asik rosak je lately. Nak tahu pe dia jawab... Dia kata kan dah lama abang sopi jual motor tu.. Aduss.. nak nangis lak saya rasa... Tapi ada lagi... Dia kata lagi beli motor baru lah, nanti dia bagi duit muka sebab mungkin dia akan dapat bonus 4 bulan gaji... YAHOOOOOOOOOOOOO!!!!!!!!!!!!! Berakhir jugak derita kesumatku ini... heheheheh.. Sabtu ni saya balik terengganu. Nak jaga dia la.. Leh bincang pasal motor.. :) Dua je pilihan saya... Yamaha LC135 atau MZ Moskito 125Z... Hope dia berkenan membenarkan pilihan hati saya ini.. hehehe... Yea..Yea.. dapat rempit ngan motor baru... bestnyer....